BOLKIAH GARRISON, Wednesday, 14 December 2016 – The Acting Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today received an introductory call from the High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam, His Excellency Major General (Rtd) Tariq Rashid Khan.
During the call, the Acting Minister of Defence congratulated His Excellency on his appointment and welcomed His Excellency to Brunei Darussalam. Both sides took the opportunity to commend the brotherly relationship between Brunei Darussalam and Pakistan and also reaffirmed their commitment to further enhance defence cooperation.
On 19 May 2004, the framework for fostering closer defence and military cooperation between Brunei Darussalam and Pakistan was established with the signing of a Memorandum of Understanding that covered areas such as exchange of visits, courses and trainings, information-sharing as well as technology.
His Excellency presented his letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 25 October 2016.

PEMANGKU MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK ISLAM PAKISTAN
BOLKIAH GARISON, Rabu, 14 Disember 2016 – Pemangku Menteri Pertahanan , Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit telah menerima kunjungan pengenalan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mejar Jeneral (B) Tariq Rashid Khan.
Semasa kunjungan tersebut, Pemangku Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas pelantikan beliau dan mengalu-alukan kedatangannya ke Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua pihak juga mengambil peluang bagi menyatakan hubungan persaudaraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Pakistan dan terus memberikan komitmen untuk meningkatkan kerjasama pertahanan.
Pada 19 Mei 2004, rangka kerja bagi memupuk kerjasama pertahanan dan ketenteraan yang lebih erat antara Brunei Darussalam dan Pakistan ditubuhkan dengan termeterainya Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama Pertahanani merangkumi bidang-bidang seperti pertukaran lawatan, kursus dan latihan, perkongsian maklumat serta teknologi.
Tuan Yang Terutama menyerahkan surat watikah perlantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 25 Oktober 2016.