MUARA NAVAL BASE, Friday 2 December 2016 – The Royal Brunei Navy (RBN) today celebrated its 51st anniversary with a parade comprised of 220 personnel at the RBN parade square led by 702 Lieutenant Commander Rasman bin Puteh.
The Commander of RBN, First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, RBN in his speech pledged the RBN’s undivided loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces.
The Commander of RBN underscored that reaching 51 years represents an important milestone. However, an organisation is not only viewed by its longevity but also towards what it has achieved and contributed towards its current transformation.
The Commander RBN also awarded 17 officers and other ranks and this year, 890 Lieutenant Nazurah binti Haji Mahaleh, RBN became the first female officer in RBN’s history to receive the Command Badge. She is currently in command of the RBN Fast Interceptor Boat KDB MUSTAED.
The RBN will also hold the Royal Brunei Navy Family Day on Sunday, 4 December 2016, as part of the 51st Anniversary celebration.



TLDB MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-51 TAHUN
PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Jumaat 2 Disember 2016 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-51 dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada 220 anggota di Padang Kawad TLDB yang dipimpin oleh 702 Leftenan Komander Rasman bin Puteh.
Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, TLDB, dalam ucapan perutusan beliau menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Dalam ucapan beliau, Pemerintah TLDB itu mengingati yang mencapai usia 51 tahun itu merupakan pencapaian yang penting. Namun sebuah organisasi itu bukan sekadar dinilai daripada usianya malah lebih kepada apa yang telah dicapai oleh organisasi itu serta sumbangannya kepada transformasi dan pembaikan.
Pemerintah TLDB juga memberi anugerah terhadap 17 pegawai dan anggota lain dan pada tahun ini, 890 Lieutenant Nazurah binti Haji Mahaleh, TLDB, menjadi pegawai wanita pertama dalam sejarah TLDB untuk menerima Lencana Perintah. Beliau sekarang mengetuai Bot Pemintas Laju TLDB KDB MUSTAED.
TLDB juga akan menganjurkan Hari Keluarga Tentera Laut Diraja Brunei pada hari Ahad, 4 Disember 2016, bagi meraikan ulang tahun yang ke-51.