BOLKIAH GARRISON, Thursday 1 December 2016 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence today received a courtesy call from First Admiral (Rtd) Azhari bin Abdul Aziz, Senior Political and Security Adviser at the International Committee for the Red Cross (ICRC) Office based in Kuala Lumpur, Malaysia.

During the call, the Deputy Minister of Defence expressed his appreciation for the cooperative relationship between Brunei Darussalam and the ICRC, which had been increasing in recent years and praised the activities to date of the ICRC in undertaking humanitarian aid work in dangerous conflict areas. The ICRC Senior Political and Security Adviser also shared that the organisation is in the process of developing a Centre of Excellence for International Humanitarian Law. The Centre will serve this region to build capacity in the realm.

Both sides also explored the possibility of deepening cooperation between the Ministry of Defence and the ICRC in future regional activities.

Founded in 1863, the ICRC is an independent, neutral organisation that aims to ensure humanitarian protection and give aid for victims of war and armed violence. It takes action in response to emergencies and promotes respect for international humanitarian law. The ICRC has worked in Malaysia since 1972 and opened its regional delegation in Kuala Lumpur in 2001.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PEGAWAI KANAN JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH

BOLKIAH GARISON, Khamis 1 Disember 2016 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan pada hari ini menerima kunjungan hormat daripada Laksamana Pertama (B) Azhari bin Abdul Aziz, Penasihat Kanan Politik dan Keselamatan dari Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang berpejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Semasa kunjungan tersebut, Yang Mulia Timbalan Menteri Pertahanan merakamkan rasa puas hati di atas hubungan kerjasama antara Brunei Darussalam dan ICRC, yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menyambut baik aktiviti-aktiviti ICRC yang sudah berjalan, yang mana ketika ini mengendalikan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di kawasan konflik yang berbahaya. Penasihat Kanan Politik dan Keselamatan ICRC juga mengongsikan bahawa organisasi tersebut sedang dalam proses membangunkan Pusat Kecemerlangan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa di mana pusat ini akan menyediakan perkhidmatan untuk membina kapasiti di rantau ini.

Kedua-dua pihak juga meneroka kemungkinan bagi mengukuhkan kerjasama antara Kementerian Pertahanan dan ICRC dalam aktiviti serantau di masa hadapan.

Ditubuhkan pada 1863, ICRC adalah sebuah badan berkecuali dan bebas bertujuan untuk memastikan perlindungan kemanusiaan serta pertolongan kepada mangsa-mangsa peperangan. Ia memberi tindak balas kepada kecemasan dan menggalakkan penghormatan kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa.ICRC mula menjalankan aktiviti di Malaysia sejak 1972 dan membuka pejabat serantau di Kuala Lumpur pada tahun 2001.