BOLKIAH GARRISON, Wednesday 30 November 2016 – The Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Captain (Rtd) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN, today received an introductory call from the High Commissioner of the Republic of South Africa to Malaysia accredited to Brunei Darussalam, Her Excellency Samikelisiwe Isabel Mhlanga.

Her Excellency was accompanied by the Defence Adviser of the Republic of South Africa accredited to Brunei Darussalam, Colonel Louis Johannes Buys.

During the call, the Permanent Secretary welcomed Her Excellency to Brunei Darussalam and both sides expressed their satisfaction with the friendly bilateral relations between the two countries as well as looked forward to explore possible avenues in which defence cooperation can be further developed.

Brunei Darussalam and South Africa established diplomatic relations on 5 October 1996. Her Excellency presented her letter of credence to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 29 November 2016.


SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK AFRIKA SELATAN


BOLKIAH GARISON, Rabu 30 November 2016 – Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Kepten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, pada hari ini telah menerima kunjungan pengenalan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Afrika Selatan ke Malaysia yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Samikelisiwe Isabel Mhlanga.

Puan Yang Terutama telah diiringi oleh Penasihat Pertahanan Republik Afrika Selatan yang diakreditasi ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Louis Johannes Buys.

Semasa kunjungan tersebut, Kepten (B) Abd Rahman telah menyambut baik lawatan Puan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam dan kedua pihak menyuarakan rasa puas hati dengan hubungan diplomatik yang baik antara kedua negara serta berharap untuk terus meneroka bidang kerjasama pertahanan dua hala yang boleh diperkembangkan.

Negara Brunei Darussalam dan Afrika Selatan menubuhkan hubungan diplomatik pada 5 Oktober 1996.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Puan Yang Terutama pada 29 November 2016.