BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 29 November 2016 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence received a courtesy call from Ms Anita Lewan, Director of International Policy Division, Department of Defence, Australia (for Singapore, Malaysia, Philippines, Brunei Darussalam and Five Power Defence Arrangements (FPDA), who is in the country for the 15th Brunei Darussalam-Australia Joint Defence Working Committee (JDWC) meeting.

During the call, the Deputy Minister of Defence expressed pleasure at the successful continuation of the JDWC meeting between Brunei Darussalam and Australia which serves as a productive avenue for senior defence officials to hold discussions on bilateral defence cooperation. Both sides also took the opportunity to reaffirmed their commitment to continue efforts in enhancing the existing sound relations between the two countries.



TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA DELEGASI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN BERSAMA YANG KE 15

BOLKIAH GARISON, Selasa, 29 November 2016 – Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Anita Lewan, Pengarah, Bahagian Dasar Antarabangsa, Jabatan Pertahanan, Australia (bagi Singapura, Malaysia, Filipina, Brunei Darussalam dan Five Power Defence Arrangements (FPDA), yang berada di negara ini untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama (JKPB) yang ke-15.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan telah merakamkan rasa puas hati ke atas kesinambungan mesyuarat pertahanan tersebut yang merupakan sebuah platform yang produktif bagi pegawai-pegawai kanan untuk mengadakan perbincangan mengenai kerjasama pertahanan secara dua hala. Kedua-dua belah pihak juga turut mengesahkan komitmen untuk meneruskan usaha ke arah mempertingkatkan hubungan  pertahanan di antara Brunei Darussalam dan Australia.