BOLKIAH GARRISON, Friday 25 November 2016 – The 13th Executive Development Programme (EDP) on Public Policy and Management for senior government officials conducted by the Ministry of Defence concluded today with a closing ceremony held at the Officers’ Mess, Bolkiah Garrison.

Present as the Guest of Honour was the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit. In his speech, the Deputy Minister of Defence emphasised the importance of the EDP as an eminent program that promotes innovation and creativity, which are key qualities especially within the context of the thorough re-prioritisation initiatives currently being put in place. He also added that defence management has become much less about fighting wars and winning battles, but is wider in scope in delivering defence capabilities, cutting across agencies and functions. 



Professor Dodo J. Thampapillai, the faculty lead from Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY SPP), National University of Singapore, also made a remark on behalf of LKY SPP and the representative from the participants of the 13th EDP, Lieutenant Colonel (U) Harmadi bin Haji Mamit shared their experience throughout the programme.

This year, 30 participants joined the EDP comprising senior officials from the Royal Brunei Armed Forces; Royal Brunei Police Force; Energy and Industry Department, Prime Minister’s Office; Secretariat for the Brunei Vision 2035 Council, Prime Minister’s Office; Ministry of Foreign Affairs & Trade; Ministry of Education; and Monetory Authority of Brunei Darussalam. In addition, senior military officials from China, Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam also participated in the programme.

The programme was developed and conducted in collaboration with the LKY SPP, National University of Singapore. The 3-month programme covered various policy analysis tools from horizon scanning and scenario planning, cost-benefit analysis to multi criteria analysis, several case studies and key management and leadership approaches. All these aim to equip senior officials with the necessary knowledge and skills to be more innovative in understanding policy making processes and challenges. The participants also visited several government agencies in Brunei Darussalam to better understand the policy making process and the various initiatives implemented in the country.



Also present at the ceremony were the Commander of the Royal Brunei Armed Forces,   Commissioner of the Royal Brunei Police Force, Acting Permanent Secretary of Ministry of Defence, High Commissioners and Ambassadors to Brunei Darussalam, Service Commanders, Defence Advisers/Attaches and other senior officers from the MINDEF / RBAF and government ministries/agencies.





MAJLIS PENUTUP PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF KE-13

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 25 November 2016 – Program Perkembangan Eksekutif mengenai Dasar Awam dan Pengurusan (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan siri Ke-13 bagi tahun 2016 anjuran Kementerian Pertahanan telah berakhir hari ini dengan majlis penutup yang diadakan di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit. Dalam ucapannya, Timbalan Menteri Pertahanan menekankan kepentingan EDP sebagai program yang mendorong inovasi dan kreativiti dimana ini merupakan kualiti-kualiti berkepentingan tinggi terutamanya mengambil kira inisiatif-inisiatif penyusunan semula keutamaan dalam bidang pertahanan yang sedang giat dijalankan. Beliau juga berpandangan bahawa pakej lengkap dalam pengurusan pertahanan terkini melibatkan aktiviti-aktiviti bersilang, secara dalaman dan luaran, ke arah memperolehi keupayaan yang tidak hanya terhad kepada konsep peperangan dari aspek tradisional sahaja.



Profesor Dodo J. Thampapillai, ketua fakulti Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY SPP), National University of Singapore, juga memberikan ucapan bagi pihak LKY School dan wakil dari peserta EDP 13, Leftenan Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit turut mengongsikan pengalaman mereka sepanjang program tersebut.

Pada tahun ini, seramai 30 peserta menyertai EDP yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pasukan Polis Diraja Brunei; Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri; Sekretariat Tetap Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan; Kementerian Pendidikan; dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam. Di samping itu, pegawai-pegawai kanan tentera dari China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam juga telah mengambil bahagian dalam program ini.

Program ini telah dibentuk dan dilaksanakan dengan kerjasama LKY SPP, National University of Singapore. Program yang diadakan selama 3 bulan ini meliputi pelbagai kaedah analisis dasar termasuk horizon scanning, scenario planning, cost-benefit analysis, multi criteria analysis, beberapa case studies serta pendekatan utama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Ini bertujuan untuk melengkapkan pegawai-pegawai kanan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar menjadi lebih inovatif dalam memahami proses dan cabaran penggubalan dasar. Semasa program tersebut, para peserta juga mengadakan lawatan ke beberapa agensi kerajaan di Negara Brunei Darussalam untuk lebih memahami proses penggubalan dasar dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di negara ini.

Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Negara Brunei Darussalam, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Penasihat-Penasihat dan Atase-Atase Pertahanan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.