BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 22 November 2016 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today received an introductory call from the High Commissioner of Australia to Brunei Darussalam, Her Excellency Nicola Rosenblum,

During the call, the Deputy Minister of Defence congratulated Her Excellency on her appointment as the new High Commissioner of Australia to Brunei Darussalam and looks towards working together to further strengthen the close relationship between Brunei Darussalam and Australia during her term.

The Deputy Minister of Defence expressed pleasure that Brunei Darussalam and Australia continue to enjoy a mutually close and warm friendship in the defence field since the establishment of diplomatic relations in 1984.  Both sides also reaffirmed each other’s commitment to continue to enhance the existing sound relations between the two countries.

Her Excellency presented her letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam in a ceremony at Istana Nurul Iman on 25 October 2016.


TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA


BOLKIAH GARISON, Selasa, 22 November 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini menerima kunjungan pengenalan dari Puan Yang Terutama Nicola Rosenblum, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam.

Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan menyampaikan ucapan tahniah di atas  perlantikan Puan Yang Terutama sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia yang baru ke Negara Brunei Darussalam dan berharap akan dapat bekerjasama ke arah mengukuhkan lagi perhubungan rapat di antara Brunei Darussalam dan Ausralia semasa tempoh perkhidmatan beliau.

Timbalan Menteri Pertahanan telah melahirkan rasa gembira di atas hubungan persahabatan erat yang terus dinikmati bersama oleh Brunei Darussalam dan Australia di dalam bidang pertahanan sejak penubuhan hubungan diplomatik pada tahun 1984.  Kedua-dua pihak turut mengesahkan komitmen masing-masing untuk terus meningkatkan lagi hubungan baik yang sedia ada di antara kedua-dua negara.

Puan Yang Terutama telah menyerahkan surat watikah perlantikan beliau kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa upacara Mengadap di Istana Nurul Iman pada 25 Oktober 2016.