VIENTIANE, Wednesday 16 November 2016 - The ASEAN Defence Ministers’ Meeting Retreat (ADMM Retreat) is hosted this year in Don Chan Palace Hotel, Vientiane on 16 November. ASEAN Defence Ministers and senior defence officials were in attendance for the Retreat, as well as the Informal Meeting with Japan which was held after.
Representing His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in his Majesty’s capacity as the Minister of Defence, was Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohammad Yasmin Haji Umar, Minister of Energy and Industry at the Prime Minister’s Office.
During the ADMM Retreat, the ASEAN Defence Ministers discussed on the key security challenges facing the region and highlighted their growing complexities amidst a time of uncertainty. Noting the unpredictable nature of the security environment, ASEAN Defence Ministers agreed to step up practical cooperation between militaries to build higher level of confidence and trust with each other, one of which include the establishment of a Direct Communications Link which is intended to keep open lines of communications between Defence Ministers in emergency situations or crises. The DCL initiative received widespread support from all the ASEAN Member States, and as a result of the full commitment and work achieved by all ten nations, the initial phase of the DCL was demonstrated during the ADMM Retreat.
The ASEAN Member States also reiterated the importance of the principle of ASEAN Centrality in order to address the dynamic security environment.
At the conclusion of the Retreat, the ASEAN Defence Ministers witnessed the handing over of the ADMM Chairmanship to Philippines beginning of the year 2017.
The ASEAN – Japan Defence Ministers’ Informal Meeting convened right after the ADMM Retreat.

MESYUARAT RETREAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN
ASEAN DI VIENTIANE
VIENTIANE, Wednesday 16 November 2016 – Mesyuarat Retreat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM Retreat) telah diadakan di Don Chan Palace Hotel, Vientiane pada 16 November 2016. Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan pegawai-pegawai kanan pertahanan telah menghadiri ADMM Retreat serta Mesyuarat Informal dengan Jepun yang diadakan selepas Mesyuarat Retreat tersebut.
Mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’ízzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Áli Saifuddien Saádul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam kapasiti sebagai Menteri Pertahan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin Haji Umar, Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri.
Semasa ADMM Retreat, Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN telah membincangkan cabaran-cabaran utama keselamatan yang dihadapi oleh rantau ini dan menekankan keadaannya yang bertambah kompleks di dalam masa-masa yang tidak menentu. Menyedari akan sifat persekitaran keselamatan yang tidak menentu ini, Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama praktikal di kalangan tentera untuk membina tahap keyakinan dan kepercayaan yang lebih tinggi antara satu sama lain. Salah satu kerjasama praktikal ini termasuk penubuhan Perhubungan Secara Langsung (Direct Communications Link) yang bertujuan untuk mengekalkan komunikasi terbuka antara Menteri-Menteri Pertahanan dalam situasi kecemasan atau krisis. Inisiatif DCL telah mendapat sokongan meluas daripada semua negara anggota ASEAN, dan berikutan dari komitmen penuh dan kerja yang dicapai oleh kesemua sepuluh buah negara, fasa awal DCL telah berhasil ditunjukkan semasa ADMM Retreat.
Negara-negara anggota ASEAN juga menegaskan kepentingan prinsip Pemusatan ASEAN untuk menangani persekitaran keselamatan yang dinamik.
Menteri-Menteri Pertahanan juga menyaksikan penyerahan peranan Pengerusi ADMM kepada Republik Filipina yang bermula di tahun 2017.
Mesyuarat Informal Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Jepun telah bersidang sejurus selepas ADMM Retreat.