VIENTIANE, Wednesday 16 November 2016 – At the sidelines of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting Retreat (ADMM Retreat), the ASEAN – Japan Defence Ministers’ Informal Meeting was held in the Don Chan Palace Hotel in Vientiane, Lao PDR on 16 November 2016. The Informal Meeting was chaired by the Minister of Defence of Japan, Her Excellency Tomomi Inada, and was attended by the ASEAN Defence Ministers and the Secretary-General of ASEAN.
Representing His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in his Majesty’s capacity as the Minister of Defence, was Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Colonel (Rtd) Dato Seri Setia (Dr) Awang Haji Mohammad Yasmin Haji Umar, Minister of Energy and Industry at the Prime Minister’s Office.
The informal meeting underlined the increasing complexity of the global security environment and acknowledged the need for greater cooperation and engagement to address these challenges. The Ministers highlighted the need to maintain close engagement with one another and exchanged views on prospective defence cooperation. The Meeting also reiterated the importance of the ADMM-Plus and its activities under the Experts’ Working Groups which have contributed to fostering a spirit of openness, cooperation and interoperability among all eighteen countries.
ASEAN and Japan achieved close relations since 1973, and have achieved significant progress in the areas of political-security, economic-finance and socio-cultural. ASEAN and Japan will continue to enhance their partnership on political and security cooperation through dialogues and consultation, which includes ministerial meetings, senior officials and experts meetings, as well as the broader ASEAN-led architecture such as the ASEAN Regional Forum (ARF) and the East Asia Summit (EAS).

MESYUARAT INFORMAL MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN – JEPUN
VIENTIANE, Wednesday 16 November 2016 – Di samping berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Retreat (ADMM Retreat), Mesyuarat Informal Menteri-Menteri Pertahanan di antara ASEAN dan Jepun juga telah mengambil tempat di Don Chan Palace Hotel di Vientiane, Lao PDR pada 16 November 2016. Mesyuarat Informal tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan Jepun, Yang Berhormat Tomomi Inada, dan telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN.
Mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’ízzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Áli Saifuddien Saádul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam kapasiti sebagai Menteri Pertahan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin Haji Umar, Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat Informal ini telah menggariskan kerumitan yang semakin meningkat dalam persekitaran keselamatan sejagat dan mengakui keperluan bagi kerjasama dan penglibatan yang lebih besar dalam menangani cabaran-cabaran tersebut. Menteri-Menteri Pertahanan telah menekankan keperluan untuk mengekalkan penglibatan rapat antara satu sama lain dan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama pertahanan di masa akan datang. Mesyuarat Informal tersebut juga menegaskan kepentingan ADMM-Plus dan aktiviti-aktivitinya di bawah Kumpulan Kerja Pakar yang telah menyumbang ke arah memupuk semangat keterbukaan, kerjasama dan interoperabiliti di kalangan kesemua lapan belas negara ahli.
ASEAN dan Jepun telah mencapai hubungan rapat sejak tahun 1973, dan telah mengecapi kemajuan yang ketara dalam bidang politik-keselamatan, ekonomi-kewangan dan sosio-budaya. ASEAN dan Jepun akan terus meningkatkan kerjasama mereka di dalam bidang politik dan keselamatan melalui dialog dan perundingan, yang mana termasuk mesyuarat-mesyuarat di peringkat menteri, pegawai-pegawai kanan dan mesyuarat para pakar, serta kerangka yang lebih luas yang dipimpin ASEAN seperti Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum) dan Sidang Kemuncak Asia Timur (East Asia Summit).