BERAKAS GARISSON, Friday 4 November 2016 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated its 55th anniversary today with a parade comprising of 1055 personnel at the First Battalion RBLF parade square.

The Commander of the RBLF Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud in his speech pledged the RBLF’s undivided loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni AI-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces.

The Commander of the RBLF underscored that reaching the significant age of 55 years represents an important milestone. However an organisation is not only viewed by its longevity but more towards what it has achieved and contributed towards its current transformation. He also stressed that professionalism, welfare, security and discipline remain as key focus areas that remain relevant. These he added, need always to be improved and upheld by the RBLF.

Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan expressed his thanks and well-wishes to all members of the RBLF including those who have retired. Various activities were also organised to commemorate the 55th RBLF anniversary including a Tahlil ceremony at the Royal Maus​oleum and thanksgiving prayers.



TDDB MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE 55 TAHUN

BERAKAS GARISON, Jumaat 4 November 2016 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-55 pada hari ini dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada 1055 anggota di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB.

Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud dalam ucapan perutusan beliau, menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Dalam ucapan beliau, Pemerintah TDDB itu mengingati yang mencapai usia 55 tahun itu merupakan pencapaian yang penting. Namun sebuah organisasi itu bukan sekadar dinilai daripada usianya malah lebih kepada apa yang organisasi itu telah tercapai dan sumbangannya kepada transformasi dan pembaikan.

Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan juga menegaskan bahawa profesionalisme, kebajikan, sekuriti dan disiplin adalah fokus-fokus utama yang tetap relevan, perlu diperbaiki dan dipertahankan oleh setiap warga TDDB. Pemerintah TDDB juga mengucapkan terima kasih dan selamat menyambut Hari Ulang Tahun TDDB ke-55 kepada seluruh warga TDDB dan juga kepada anggota TDDB yang telah bersara.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menyambut Hari Ulang Tahun TDDB  termasuk Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja dan Majlis Doa Kesyukuran.