RIMBA, Tuesday 11 October 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Minister of Defence and the Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), consented to award the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Honorary Pilot Wing to the Chief of the Republic of Singapore Air Force (RSAF), Major-General Mervyn Tan Wei Ming. This is in recognition for his service in advancing the ties between the RBAirF and the RSAF.

On hand to give away the award at the RBAirF Base in Rimba was Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

MG Mervyn Tan Wei Ming took over the post as the Chief of RSAF on 28 March 2016. Whilst in the country, his programme includes holding introductory calls to the Commander of RBAF and to his counterpart, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. He is also in Brunei Darussalam to observe bilateral Exercise Airguard on 12 October 2016.




 

LENCANA JURUTERBANG KEHORMAT DIANUGERAH KEPADA

PANGLIMA ANGKATAN UDARA REPUBLIK SINGAPURA

RIMBA, Selasa 11 Oktober 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Lencana Juruterbang Kehormat Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) kepada Panglima Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming. Penghargaan ini adalah sebagai pengiktirafan keatas jasa perkhidmatan beliau dalam mengeratkan lagi perhubungan di antara TUDB dan RSAF.

Penganugerahan Lencana Juruterbang Kehormat TUDB yang berlangsung di Pangkalan TUDB Rimba telah disempurnakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Mejar Jeneral Mervyn Tan Wei Ming mengambil alih tugas sebagai Panglima RSAF pada 28 Mac 2016. Semasa berada di negara ini, program beliau termasuk mengadakan kunjungan-kunjungan hormat pengenalan kepada Pemerintah ABDB dan rakan sejawat beliau, Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah. Beliau juga akan berada di Negara Brunei Darussalam bagi menyaksikan  Eksesais dua hala Airguard pada 12 Oktober 2016.