MUARA, Thursday 6 October 2016 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held the Cross Country Championship 2016/2017 where three categories were contested in, the 10km Open Category, the Overall Team Category and the 5km Fun Run Category.
The Special Forces Regiment emerged as champions in the 10km team Category, edging the Royal Brunei Land Force (RBLF) in second place and Ministry of Defence in third place.
Present to give away the prizes and trophy to the winners for all the categories was the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah who also participated in the 5km Fun Run event along with the Service Commanders, Military Directors and Commandants.
The RBAF Cross Country Championship 2016/2017 is an annual sport event that aims to encourage running competition among the RBAF units, to scout for new runners to represent RBAF at the ministerial and national level and to inculcate a healthier lifestyle in the RBAF.




RENTAS DESA ABDB 2016/2017
MUARA, Khamis 6 Oktober 2016 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Kejohanan Rentas Desa bagi tahun 2016/2017 dimana tiga kategori telah dipertandingi iaitu Kategori Terbuka 10km, Kategori Berpasukan Keseluruhan dan Kategori 5km ‘Fun Run’.
Rejimen Pasukan Khas muncul juara dalam Kategori Pasukan 10km, menewaskan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) yang berada di tempat kedua dan Kementerian Pertahanan di tempat ketiga.
Menyampaikan hadiah dan trofi kepada pemenang-pemenang di kejohanan tersebut ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, yang juga turut menyertai acara larian Kategori 5km ‘Fun Run’ bersama Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah Tentera dan Komandan.
Kejohanan Rentas Desa ABDB 2016/2017 merupakan acara sukan tahunan, yang bertujuan untuk menggalakkan persaingan dalam larian antara unit-unit ABDB dan mencungkil pelari-pelari baru untuk mewakili ABDB di peringkat kementerian dan kebangsaan serta untuk memupuk gaya hidup yang lebih sihat di ABDB.