BOLKIAH GARRISON, Tuesday 4 October 2016 – The new Defence Attaché of France in the Republic of Singapore accredited to Brunei Darussalam, Captain (N) Philippe Bauzon made separate introductory calls today to the Acting Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit and the Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

During the call, the Acting Minister of Defence expressed his pleasure for the warm and friendly bilateral defence relations between the two countries. Both sides have actively participated in defence exhibitions, exchanges of visits, as well as the biennial bilateral Joint Defence Working Committee meetings.

Meanwhile, in the call with the Commander of the RBAF, both sides discussed ways to strengthen bilateral military cooperation, underscoring the cordial relationship shared between Brunei Darussalam and the Republic of France. 

Brunei Darussalam established diplomatic relations with the French Republic on 8 May 1984. On 25 February 1999, both countries signed a Memorandum of Understanding on the Agreement between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Republic of France Concerning Cooperation in Defence Matters and in Defence Equipment.


KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARI ATASE PERTAHANAN BARU PERANCIS


BOLKIAH GARISON, Selasa 4 Oktober 2016 – Atase Pertahanan Perancis yang baru di Singapura yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam, Kepten (L) Philippe Bauzon telah mengadakan kunjungan hormat pengenalan secara berasingan hari ini kepada Pemangku Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Semasa kunjungan tersebut, Pemangku Menteri Pertahanan menyatakan rasa gembira di atas hubungan pertahanan dua hala yang baik dan mesra di antara kedua negara. Penglibatan aktif kedua-dua pihak ini termasuk dalam pameran-pameran pertahanan, pertukaran lawatan dan dalam mesyuarat dua hala Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama setiap dua tahun sekali.

Sementara semasa kunjungan bersama Pemerintah ABDB, kedua-dua pihak membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan kerjasama ketenteraan dua hala, menekankan hubungan baik yang telah dikongsikan bersama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Perancis.

Brunei Darussalam menubuhkan hubungan diplomatik dengan Republik Perancis pada 8 Mei 1984. Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan Perancis menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Agreement between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Republic of France Concerning Cooperation in Defence Matters and in Defence Equipment pada 25 Februari 1999.