TUTONG, Friday 16 September 2016 – Two personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) converted to Islam today. 50834 Private Azuwan bin Zainin from the Royal Brunei Land Force (RBLF) and 50662 Ordinary Rate (OD) Sherul bin Imbaran, Royal Brunei Navy (RBN) were celebrated at the conversion ceremony facilitated by officials from the Tutong District Islamic Dakwah Centre.
The conversion ceremony of 50834 Private Azuwan bin Zainin was held at Kg Bukit, Bang Dalam, Lamunin, Tutong, which was witnessed by the guest of honour, Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Commander of RBLF and Haji Adnan Bin Haji Adam, Acting Tutong District Officer. 50834 Private Azuwan bin Zainin is now known as Muhammad Azuwan bin Zainin.
Meanwhile, 50662 OD Sherul bin Imbaran, RBN chose his new name as Muhammad Sherul bin Abdullah Imbaran. His conversion ceremony took place in Kampong Sungai Damit, Pemadang, Tutong in the presence of the guest of honour, First Admiral Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Commander of RBN and Acting Tutong Deputy District Officer, Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya.
The ceremonies began with the recitation of Surah Al-Quran followed by the reciting of the Syahadah. This was followed by a Dikir Marhaban, sprinkling of the bunga rampai and presentation of gifts by the guests of honour. Both events ended with a Doa Selamat read by military officials from the RBAF Religious Department.
Present at both ceremonies were the respective Penghulus of Mukims and Village Heads, senior officers from the RBAF and family members.
50834 Private Muhammad Azuwan bin Zainin and 50662 OD Muhammad Sherul bin Abdullah Imbaran, RBN were the fifth and sixth RBAF personnel respectively to embrace Islam this year. To date, the RBAF has 104 muslim converts since 2006.


DUA ANGGOTA ABDB PELUK ISLAM
TUTONG, Jumaat, 16 September 2016 – Dua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah memeluk ugama Islam hari ini. 50834 Soldadu Azuwan bin Zainin dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan 50662 Laskar (Ls) Sherul bin Imbaran, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah diraikan di majlis pengislaman yang di sempurnakan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Da’wah Islamiah Daerah Tutong.
Majlis Pengislaman bagi 50834 Soldadu Azuwan bin Zainin telah berlangsung di Kg Bukit, Bang Dalam, Lamunin, Tutong, yang disaksikan oleh tetamu kehormat, Brigedier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud, Pemerintah TDDB dan Haji Adnan Bin Haji Adam, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Soldadu Azuwan bin Zainin kini dikenali sebagai Muhammad Azuwan bin Zainin.
Sementara itu, 50662 Ls Sherul bin Imbaran, TLDB telah memilih nama barunya sebagai Muhammad Sherul bin Abdullah Imbaran. Majlis Pengislaman beliau diadakan di Kampong Sungai Damit, Pemadang, Tutong dihadiri oleh tetamu kehormat, Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemerintah TLDB dan Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong.
Kedua-dua majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan diteruskan dengan lafaz syahadah dan ikrar pengislaman. Ini diikuti dengan Dikir Marhaban, taburan bunga rampai serta penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh tetamu-tetamu kehormat majlis. Bacaan Doa Selamat kemudiannya dibacakan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Agama ABDB.
Hadir di majlis-majlis pengislaman adalah Penghulu-Penghulu Mukim serta Ketua-Ketua Kampong, Pegawai-pegawai kanan ABDB dan ahli keluarga.
50834 Soldadu Muhammad Azuwan bin Zainin dan 50662 Ls Muhammad Sherul bin Abdullah Imbaran, TLDB merupakan anggota ABDB yang kelima dan keenam memeluk agama Islam tahun ini. Hingga ke hari ini, ABDB mempunyai seramai 104 anggota yang memeluk Islam sejak tahun 2006.