BOLKIAH GARRISON, Thursday 15 September 2016 – The Ministry of Defence and Bolkiah Garrison this afternoon distributed sacrificed meat comprising 9 buffaloes and 12 goats to civilian staffs of the Ministry of Defence, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel and asnaf group living in the vicinity of the Bolkiah Garrison area, in a Korban and Aqiqah ceremony in conjunction with Hari Raya Aidil Adha 1437 Hijrah celebration.
Present to distribute the meat were First Admiral (R) Dato Seri Pahlawan Abd Aziz bin Haji Tamit, the Deputy Minister of Defence; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of RBAF; Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary of the Ministry of Defence; members of the Defence Executive Committee and Joint Force Commander RBAF.
Also in attendance were the military and civilian Directors at the Ministry of Defence, Penghulu Mukim of Berakas and village heads as well as civilian community living in the surroundings of the Bolkiah Garrison area.
Similar Korban and Aqiqah events have been held throughout the RBAF military camps and garrisons since 10 Zulhijjah 1437 until 13 Zulhijjah 1437.






MAJLIS IBADAH KORBAN 1437 HIJRAH KEMENTERIAN PERTAHANAN
SURAU KEMENTERIAN PERTAHANAN, BOLKIAH GARISON, Khamis 15 September 2016 - Peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison petang ini telah mengagihkan daging-daging korban iaitu 9 ekor kerbau dan 12 ekor kambing kepada kakitangan awam Kementerian Pertahanan, anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan golongan-golongan asnaf yang tinggal berhampiran dengan kawasan Bolkiah Garison dalam satu Majlis Korban dan Aqiqah bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha 1437 Hijrah.
Hadir bagi mengagihkan daging korban tersebut ialah Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abd Aziz Bin Haji Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB; Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Ahli-Ahli Eksekutif Pertahanan dan Pemerintah Angkatan Bersama ABDB.
Turut hadir di majlis ini ialah Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Penghulu Mukim Berakas dan Ketua-Ketua Kampung dan juga penduduk-penduduk kampung sekitar Bolkiah Garison.
Acara korban dan aqiqah yang sama juga telah dilaksanakan di semua Perkhemahan dan Garison ABDB semenjak 10 Zulhijjah 1437 hingga 13 Zulhijjah 1437.