BOLKIAH GARRISON, Monday 5 September 2016 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence received an introductory call from the newly appointed High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam, His Excellency Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman.
During the call, the Deputy Minister of Defence and High Commissioner of Malaysia continued their commitment to enhance the long-standing good relations between both countries, especially in the areas of defence. The Royal Brunei Armed Forces and Malaysian Armed Forces share a long history of defence cooperation, where the two armed forces regularly interact through bilateral and multilateral exercises, professional exchanges and military courses.
The High Commissioner of Malaysia presented his letter of credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 23 March 2016.
LAWATAN PENGENALAN PESURUHJAYA TINGGI MALAYSIA KEPADA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Isnin 5 September 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit telah menerima kunjungan pengenalan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman.
Semasa kunjungan pengenalan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia meneruskan komitmen mereka untuk meningkatkan lagi hubungan baik di antara kedua-dua negara terutamanya dalam bidang pertahanan.
Sejarah hubungan antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Malaysia dalam bidang kerjasama pertahanan sudah lama terjalin, yang mana kedua-dua angkatan tentera sering berinteraksi melalui latihan dua hala serta pelbagai hala, pertukaran profesional dan kursus ketenteraan.
Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikannya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 23 Mac 2016.