
BOLKIAH GARRISON, Friday 2 September 2016 – His Excellency Senior General Min Aung Hlaing, the Commander-in-Chief of Defence Services, Myanmar Armed Forces and delegation are in Brunei Darussalam on a three-day introductory visit from 2nd to 4th September 2016.
His Excellency Senior General Min Aung Hlaing visit to the Ministry of Defence today was welcomed with a guard of honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF). He then proceeded to pay separate courtesy calls on the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, and the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
The Commander-in-Chief and his wife will have separate audiences on 3rd September 2016 with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the RBAF; as well as to Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hjh Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam at Istana Nurul Iman.



LAWATAN PENGENALAN
PEMERINTAH TERTINGGI ANGKATAN TENTERA KESATUAN REPUBLIK MYANMAR
Bolkiah Garison, Jumaat 2 September 2016 – Tuan Yang Terutama Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Kesatuan Republik Myanmar dan rombongan sedang berada di Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan pengenalan selama tiga hari bermula daripada 2 hingga 4 September 2016.
Lawatan Tuan Yang Terutama Jeneral Kanan Min Aung Hlaing ke Kementerian Pertahanan hari ini telah dialu-alukan dengan Kawalan Kehormatan yang terdiri dari anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Tuan Yang Terutama kemudiannya mengadakan kunjungan hormat secara berasingan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Pemerintah Tertinggi dan isterinya akan menghadiri Majlis Mengadap Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada 3 September 2016; dan juga Majlis Mengadap Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam di Istana Nurul Iman.