BOLKIAH GARRISON, Thursday 1 September 2016 – The Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today received a joint call from Her Excellency Datin Paduka Malai Hajah Halimah binte Malai Yussof, and Her Excellency Hajah Masurai binte Haji Masri, as the newly appointed Ambassador to the Republic of France, and High Commissioner to the People’s Republic of Bangladesh, respectively.
During the call, Deputy Minister congratulated their excellencies on the new appointments. The envoys expressed pleasure at Brunei Darussalam’s state of relations with the two countries. In defence fields, cooperations are active through interactions and activities such as exchange of visits by both side’s defence and military officials, regional military exercises, military and defence related regional meetings, trainings and courses as well as international defence exhibitions.
All sides look forward to the continued progress in mutual understanding, defence cooperation and friendship.
KUNJUNGAN HORMAT KETUA-KETUA PERWAKILAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE LUAR NEGARA
BOLKIAH GARISON, Khamis 01 September 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksmana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini menerima kunjungan hormat bersama daripada Puan Yang Terutama Datin Paduka Malai Hajah Halimah binte Malai Yussof, dan Puan Yang Terutama Hajah Masurai binte Haji Masri, yang masing-masing baru dilantik sebagai Duta ke Republik Perancis, dan Pesuruhjaya Tinggi ke Republik Rakyat Bangladesh.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan tahniah kepada Puan-Puan Yang Terutama di atas perlantikan mereka. Di bidang pertahanan, kerjasama adalah aktif melalui interaksi-interaksi dan kegiatan-kegiatan seperti pertukaran lawatan pegawai-pegawai pertahanan dan tentera oleh kedua-dua belah pihak, eksesais ketenteraan serantau, mesyuarat-mesyuarat serantau berkaitan ketenteraan dan pertahanan, latihan dan kursus serta pameran pertahanan antarabangsa.
Kesemua pihak menyatakan harapan mereka ke arah penerusan perkembangan dalam sama-sama menjalin persefahaman, kerjasama pertahanan dan persahabatan.