BOLKIAH GARRISON, Wednesday 31 August 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), this morning attended a ceremony to present the rank insignia to his son, His Royal Highness 920 Lieutenant Prince ‘Abdul Mateen, who was promoted to Acting Captain. The promotion ceremony took place at the Bolkiah Garrison Officers’ Mess.
Upon arrival, His Majesty was greeted by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit and the Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
His Majesty was then accorded a Royal Salute and inspected a guard of honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Force. Once at the Officers’ Mess, His Majesty placed the new rank insignia of Acting Captain to His Royal Highness 920 Lieutenant Prince ‘Abdul Mateen. The promotion took effect from 9 May 2016.
Before leaving the event, His Majesty and His Royal Highness Prince 920 Captain ‘Abdul Mateen consented to a group photo session and signing of the Royal Parchments. Also present at the ceremony were members of Defence Executive Committee, Service Commanders, Directors, Commandants, Senior Officers and Officers of the Ministry of Defence and RBAF.




KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BERKENAN MENGURNIAKAN PANGKAT PEMANGKU KAPTEN KEPADA YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI DULI LEFTENAN PENGIRAN MUDA ’ABDUL MATEEN
BOLKIAH GARISON, Rabu 31 Ogos 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pagi ini telah berkenan mengurniakan lencana pangkat kepada Paduka Anakanda Baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen yang telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Kapten. Majlis kenaikan pangkat berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison.
Ketibaan Baginda telah dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri dari anggota Tentera Darat Diraja Brunei. Sejurus tiba di Mes Pegawai, Baginda berkenan mengenakan lencana pangkat baru Pemangku Kapten Kehadapan Majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen. Kenaikan pangkat ini telah berkuat kuasa mulai 9 Mei 2016.
Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli 920 Kapten Pengiran Muda ’Abdul Mateen berkenan untuk sesi bergambar ramai dan menandatangani Lembaran Kenangan. Turut hadir di majlis ini ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pengarah-Pengarah, Komandan-Komandan, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai-Pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.