QASHR AL-MEEZAAN, Tuesday 30 August 2016 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister’s Office (PMO) and General of the Royal Brunei Armed Forces, received in audience His Excellency Dr. Ng Eng Hen, Minister for Defence, Republic of Singapore

His Royal Highness received His Excellency Dr. Ng Eng Hen at Qashr Al-Meezaan. During the audience, His Royal Highness and His Excellency Dr. Ng Eng Hen discussed bilateral defence relations and exchanged views on regional and international matters.

Accompanying the minister were His Excellency Lim Hong Huai, Singapore’s High Commissioner to Brunei Darussalam; Lieutenant General Dato Paduka Seri Perry Lim, Chief of Defence Force, Singapore Armed Forces; His Excellency Ng Chee Khern, Permanent Secretary (Defence Development) and Rear Admiral Lai Chung Han, Chief of Navy, Republic of Singapore Navy.

Also present were First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Hj Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, the Commander of the Royal Brunei Armed Forces and Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, the Permanent Secretary of Defence.

His Excellency Dr. Ng Eng Hen was in Brunei Darussalam for his official visit to the country to commemorate the 40th anniversary of bilateral defence relation between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore.






DPMM BERKENAN MENERIMA MENGADAP MENTERI PERTAHANAN SINGAPURA

QASHR AL-MEEZAAN,
Selasa 30 Ogos 2016 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Jeneral Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen.
 
Pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Qashr Al-Meezan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen membincangkan hubungan pertahanan dua hala dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama pada Majlis Mengadap itu ialah Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam; Leftenan Jeneral Dato Paduka Seri Perry Lim, Ketua Angkatan Tentera, Angkatan Bersenjata Singapura; Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern, Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan) dan Laksamana Muda Lai Chung Han, Panglima Tentera Laut, Angkatan Tentera Laut Republik Singapura.

Turut hadir ialah Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Hj Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; dan Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap Pertahanan.

Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan, Republik Singapura mengadakan lawatan rasmi ke Negara Brunei Darussalam sempena memperingati ulangtahun ke-40 hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.