BOLKIAH GARRISON, Monday 29 August 2016 – The Minister for Defence of the Republic of Singapore, His Excellency Dr Ng Eng Hen with his delegation comprising Singapore’s Chief of Defence Force His Excellency Dato Paduka Seri Perry Lim, The Permanent Secretary (Defence Development) His Excellency Ng Chee Khern and a number of senior officers from the Ministry of Defence of the Republic and the Singapore Armed Forces (SAF) are in Brunei Darussalam for a two-day working visit.
The delegation will have royal audiences on 30 August 2016 with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam at Istana Nurul Iman and His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince, Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the Royal Brunei Armed Forces, at Qashr Al-Meezaan.
The Minister and his team are here to commemorate the 40th Anniversary of bilateral defence relations between Brunei Darussalam and the Republic of Singapore, which began in 1976. Part of the commemorative event is the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Technology Cooperation between the Government of Brunei Darussalam and the Government of the Republic of Singapore. The ceremony took place today at the Bolkiah Garrison, Ministry of Defence.
Signing on behalf of Brunei Darussalam was Datin Paduka Hajah Suriyah Binti Haji Umar, Permanent Secretary of Ministry of Defence; and on behalf of the Republic of Singapore was His Excellency Ng Chee Khern, Permanent Secretary (Defence Development). The MoU signing was witnessed by the Minister for Defence, Republic of Singapore himself and First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, the Deputy Minister of Defence, Brunei Darussalam.
Based on the principles of equality, mutual benefits and respect for the sovereignty of both nations, the MoU aims to promote cooperation in key areas of defence technology, including; research and development; sharing of knowledge and best practices in defence acquisitions; and cooperation and collaboration in technology management.
Before witnessing the ceremony, the Minister for Defence, Republic of Singapore was welcomed to the Ministry of Defence with a Guard of Honour mounted by the personnel of the RBAF. He then called on the Deputy Minister where they discussed issues of common interest. After the signing, the Minister and the Deputy Minister toured a mini gallery depicting images of the four decades of defence interactions between the two countries.
Another commemorative activity planned is a fly-out visit on 30 August 2016 to KDB DARULEHSAN, to observe the 35th series of Exercise Pelican, which has been ongoing since 24 August 2016.
LAWATAN MENTERI PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA KE
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI MERAIKAN ULANG TAHUN
KE-40 HUBUNGAN PERTAHANAN
BOLKIAH GARISON, Isnin 29 Ogos 2016 – Menteri Pertahanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen berserta rombongan yang terdiri dari Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Republik Singapura (ABRS), Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Perry Lim, Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan), Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern dan beberapa orang pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan Republik Singapura dan ABRS berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan kerja dua hari.
Rombongan Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen akan berkesempatan untuk menghadiri Majlis Mengadap kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman, dan mengadap kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Qashr Al-Meezan.
Menteri Pertahanan Singapura dan rombongan berada di Negara ini bagi memperingati Ulang tahun ke-40 hubungan pertahanan dua hala di antara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, yang bermula pada tahun 1976.
Sebahagian daripada acara peringatan adalah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Teknologi Pertahanan di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Singapura. Majlis berlangsung hari ini di Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan.
Menandatangani bagi pihak Negara Brunei Darussalam ialah Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; manakala bagi pihak Republik Singapura ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Ng Chee Khern, Setiausaha Tetap (Pembangunan Pertahanan). Penandatanganan MoU tersebut telah disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Dr Ng Eng Hen, Menteri Pertahanan, Republik Singapura dan Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.
Berdasarkan prinsip-prinsip kesaksamaan, faedah bersama dan saling menghormati kedaulatan kedua-dua negara, MoU tersebut bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang utama teknologi pertahanan, termasuk; penyelidikan dan pembangunan; perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam pemerolehan pertahanan; dan kerjasama dalam pengurusan teknologi.
Sebelum menyaksikan majlis penandatanganan tersebut, kehadiran Menteri Pertahanan Republik Singapura ke Kementerian Pertahanan telah disambut dengan Kawalan Kehormatan oleh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Menteri Pertahanan Singapura seterusnya mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, di mana mereka telah membincangkan isu-isu kepentingan bersama. Selepas penandatanganan perjanjian, Menteri dan Timbalan Menteri berkesempatan melawat galeri mini yang menunjukkan imej-imej yang menggambarkan interaksi pertahanan di antara kedua-dua negara selama empat dekad.
Satu lagi aktiviti peringatan yang dirancang ialah bagi lawatan Menteri Pertahanan Singapura untuk menyaksikan Latihan Pelican di KDB DARULEHSAN pada 30 Ogos 2016. Latihan Pelican, yang pada masa ini merupakan latihan siri ke-35, telah berlangsung pada 24 Ogos 2016.