BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 23 August 2016 – First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohammad Tamit, Deputy Minister of Defence, received a farewell call today by His Excellency Mr Todd Mercer, the outgoing High Commissioner of Australia to Brunei Darussalam.
During the call, Deputy Minister of Defence expressed pleasure that Brunei Darussalam and Australia continue to enjoy a mutually close and warm friendship in the defence field since the establishment of the diplomatic relations in 1984. The Deputy Minister of Defence thanked His Excellency for his contribution in strengthening the bilateral relations between the two countries during his term, and wished him well in his future undertakings.
The farewell call concluded with the presenting of memento by the Deputy Minister of Defence to the outgoing Australian High Commissioner in appreciation of his services.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN OLEH PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIAN
BOLKIAH GARISON, Selasa, 23 Ogos 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit menerima kunjungan perpisahan hari ini oleh Tuan Yang Terutama Todd Mercer, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, yang akan menamatkan perkhidmatan.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan telah melahirkan rasa gembira di atas hubungan persahabatan erat yang terus dinikmati bersama oleh Brunei Darussalam dan Australia di dalam bidang pertahanan sejak penubuhan hubungan diplomatik pada tahun 1984. Timbalan Menteri Pertahanan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama atas sumbangan beliau dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara semasa tempoh berkhidmat, dan mengucapkan selamat maju jaya di dalam bidang yang akan ditugaskan kepada beliau selepas ini.
Kunjungan perpisahan ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Timbalan Menteri Pertahanan kepada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Australia sebagai menghargai jasa khidmat beliau.