BOLKIAH GARRISON, Friday 12 August 2016 – A thanksgiving “Jiwa Murni” ceremony for 55 intending Haj pilgrims from the Ministry of Defence (Mindef) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) was held this morning at the Ministry of Defence, Bolkiah Garrison this morning.
Attending the ceremony were Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah as the guest of honour alongside other defence and military officials.
The event program included the reading of the Al-Quran by Cpl Nazrul bin Hj Asmad that was followed by the recital of Surah Yassin and Doa Selamat led by Ustaz Haji Rosli bin Batang Religious Officer at the Ministry of Defence. In closing, the RBAF Commander and Permanent Secretary Ministry of Defence, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar also presented monetary donations and gifts consisting medical supplies to the pilgrims.
The 55 pilgrims comprised of 10 Mindef civilians, 11 RBAF personnel and 13 RBAF retirees as well as family members. They are scheduled to depart for Haj pilgrimage on the second and third flights.






DOA SELAMAT BAGI BAKAL-BAKAL HAJI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB
BOLKIAH GARISON, Jumaat 12 Ogos 2016 – Majlis Jiwa Murni untuk 55 orang bakal jemaah haji Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison pagi ini.
Hadir di majlis berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah sebagai tetamu kehormat. Turut hadir bersama-sama pegawai-pegawai pertahanan dan tentera yang lainnya.
Atucara majlis termasuk bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh Kpl Nazrul bin Haji Asmad kemudiannya diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin yang dipimpin oleh Pegawai Ugama, Kementerian Pertahanan, Ustaz Haji Rosli bin Batang. Di akhir majlis, Pemerintah ABDB dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar juga berkesudian menyampaikan sumbangan derma wang dan cenderakasih berupa pakej ubat-ubatan kepada bakal-bakal haji.
Bakal-bakal haji seramai 55 orang ini terdiri daripada 10 orang kakitangan awam Kementerian Pertahanan, 11 orang anggota ABDB dan 13 orang anggota ABDB yang bersara berserta keluarga masing-masing. Mereka akan bertolak menunaikan fardu haji pada penerbangan kedua dan ketiga.