BERAKAS GARRISON, Saturday 6 August 2016 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Cooperative (KOWIRA) held its 10th Annual General Meeting (AGM) to discuss financial performance and dividend distribution. The meeting was held at the Pahlawan Hall in Berakas Garrison.

The meeting was chaired by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the RBAF in his capacity as the Chairman of KOWIRA’s Board of Directors. 

Among those present were members of the Board of Directors, shareholders comprising former RBAF commanders and officers, as well as RBAF personnel who have retired and are still serving.

Apart from highlighting the performance of KOWIRA for financial year 2015, KOWIRA also announced an increase of 12 percent in its dividends. The cooperative discussed the current financial standing, raised issues and progress of trade strategy. The meeting also voted and appointed a new member of the KOWIRA Board of Directors.

Since its establishment in October 1998, KOWIRA now has more than 1094 members and aims to help improve the socio-economic status of its members. KOWIRA underwent a rebranding of its products on 26 May 2016 for products such as bottled chillies and crackers, with the objective of raising the sales of these products.







MESYUARAT AGUNG KOWIRA ABDB KALI KE 10

BERAKAS GARISON, Sabtu 6 Ogos 2016 – Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (KOWIRA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Koperasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan Tanggungan Berhad Kali ke-10 untuk membincangkan prestasi kewangan dan pengagihan dividen. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Pemerintah ABDB selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KOWIRA .

Antara yang hadir adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah, pemegang-pemegang saham yang terdiri daripada mantan-mantan Pemerintah ABDB dan pegawai-pegawai serta anggota ABDB yang telah bersara dan masih berkhidmat.

Selain daripada menerangkan prestasi tahun kewangan KOWIRA bagi tahun kewangan 2015, KOWIRA juga mengumumkan peningkatan dividen sebanyak 12 peratus. Koperasi turut membincangkan kedudukan kewangan semasa, isu-isu yang dibangkitkan dan kemajuan strategi perdagangan. Mesyuarat itu juga mengundi dan melantik seorang ahli baru Lembaga Pengarah KOWIRA.

Sejak ditubuhkan pada Oktober 1998, KOWIRA kini mempunyai lebih daripada 1094 ahli dan bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli-ahlinya. KOWIRA menjalani penjenamaan semula produk pada 26 Mei 2016 bagi produk seperti botol lada dan keropok, dengan tujuan untuk meningkatkan jualan produk-produk ini.