BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 4 August 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow Brunei Darussalam State Honorary Decorations to civilian and military officers and personnel of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in conjunction with His Majesty’s 70th Birthday celebration.  

The Investiture Ceremony took place this afternoon at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. Also attending were His Royal Highness Prince Haji  Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah; His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah and His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik.  

The State Decorations awarded to the deserving recipients were the Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B.) and Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.).  

Present at the event were Yang Amat Mulia Pengiran Cheterias, Cabinet Ministers, Members of Councils, Deputy Ministers, Pengiran Peranakan, Pehin Manteris, Manteri Pedalaman, High Commissioners, Foreign Ambassadors, Permanent Secretaries, Heads of Departments and Senior Government Officers, as well as Mukim Penghulus and Village Chiefs.  






KDYMM KURNIA BINTANG KEBESARAN NEGARA KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA KEMENTERIAN PERTAHANAN & ABDB


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 4 Ogos 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan anggota awam dan tentera Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-70 Tahun.

Istiadat Pengurniaan telah berlangsung pada petang ini di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik.  

Bintang-Bintang Kebesaran Negara yang di kurniakan kepada para penerima adalah Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (S.M.B) dan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.).  

Turut hadir di Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat; Timbalan-Timbalan Menteri; PengiranPengiran Peranakan; Pehin-Pehin Manteri; Manteri-Manteri Pendalaman; PesuruhjayaPesuruhjaya Tinggi; Duta-Duta Besar; Setiausaha-Setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan; pegawai-pegawai kanan kerajaan, Penghulu-penghulu Mukim serta Ketua-ketua Kampung.