BERAKAS, Wednesday 3 August 2016 – His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah has consented to attend the finals and closing of the National Level Pencak Silat Competition in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muízzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 70th Birthday celebration at the Multi-purpose Hall of the Hassanal Bolkiah National Sports Complex in Berakas.

The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Sports Council competed in 13 matches where they bagged 6 gold medals, 2 silver medals and 1 bronze medal.

The medals recipients included silver medalist, Sld Muhd Helmi bin Sabudin for the category Tanding B Putra (50-55kg); gold medalist Sld Muhd Haziq bin Mahali for Tanding C (55-60kg), and gold medalist Sld Md Amali bin Malik for the Tanding E Men (65-70kg) event.

In the category Tanding G Putra (75-80kg), the gold medal was won by Muhd Badrul Sld Nurehsan bin Rozi, and for Tanding H Putra (80-85kg) gold medal was won by LCpl Abd Rahman bin Bujang. Meanwhile, the gold medal for the Tanding I Putra (80-85kg) was bagged  by LCpl Mohd Fauzi bin Pungut, and in the Tanding J Putra (90-95kg), Sld Amansah bin Zaini took the bronze medal.

The ‘Seni’ event was also contested whereby in the Women’s Singles category, Sld Norleyharyanti binti Hj Raya grabbed silver medal and for the Category Ganda Putra, Sld Muhd Arif bin Ismail and Ahmad Salman bin Haji Abdullah won gold medals.

The tournament began since 29 July 2016 featuring 52 matches that comprised of 21 matches for Category Kuntau and 31 matches for Category Tanding involving 75 participants overall.











MAJLIS SUKAN ABDB PEROLEH 9 PINGAT DALAM PERTANDINGAN PENCAK SILAT

BERAKAS, Rabu 3 Ogos 2016 –  Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan menyaksikan dan menutup rasmi Pertandingan Pencak Silat Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 70 tahun yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut bertanding dalam 13 acara perlawanan dan berjaya meraih 6 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Bagi Kelas Tanding B Putra (50-55kg), Sld Muhd Helmi bin Sabudin beroleh pingat perak; Sld Muhd Haziq bin Mahali beroleh pingat emas dalam acara Tanding C Putra (55-60kg), sementara Sld Md Amali bin Malik pula memperolehi pingat emas dalam acara Tanding E Putra (65-70kg).

Dalam kategori Tanding G Putra (75-80kg), pingat emas dimenangi oleh Sld Muhd Badrul Nurehsan bin Rozi, manakala bagi Tanding H Putra (80-85kg) pingat emas di menangi oleh Lkpl Abd Rahman bin Bujang. Pingat emas bagi Tanding I Putra (80-85kg) pula di raih oleh Lkpl Mohd Fauzi bin Pungut dan bagi acara Tanding J Putra (90-95kg) pula Sld Amansah bin Zaini memperolehi pingat gangsa.

Acara seni juga dipertandingkan di mana bagi Kategori Tunggal Putri, Sld Norleyharyanti binti Haji Raya memperolehi pingat perak dan bagi Kategori Ganda Putra, Sld Muhd Arif bin Ismail dan Sld Ahmad Salman bin Haji Abdullah memenangi pingat emas.

Pertandingan ini telah bermula sejak 29 Julai 2016 yang menampilkan 52 perlawanan termasuk 21 bagi Kategori Kuntau dan 31 bagi Kategori Tanding dengan melibatkan 75 orang peserta secara keseluruhannya.