JERUDONG, Wednesday 27 July 2016 – The Ministry of Defence held its annual Hari Raya Aidilfitri celebrations today at BRIDEX Conference Hall, Jerudong. The event was jointly organised by the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) and the Centre of Science and Technology Research and Development (CSTRAD).

The celebration was attended by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, as the Guest of Honour. The Deputy Minister was joined by the Commander of Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, other senior officers and personnel of the Ministry of Defence and RBAF.

The event aims to strengthen the working relationship between all members of the Ministry of Defence. The event ‘Ramah Mesra’ provided the opportunity for the Deputy Minister of Defence, the Defence Executive Committee members and the entire personnel of the Ministry to meet and greet each other, and following that enjoy the Hari Raya festive meals. The entire event was also enlivened with video clips of Hari Raya Greetings from every department under the Ministry.





KEMENTERIAN PERTAHANAN SAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI

JERUDONG, Rabu 27 Julai 2016 – Kementerian Pertahanan dan Jabatanarah-Jabatanarah di bawahnya telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri pada hari ini di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong. Majlis berkenaan dikendalikan bersama oleh Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) dan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (P3ST).

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, sebagai Tetamu Kehormat. Turut hadir ke Majlis berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Majlis berkenaan dilangsungkan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin di antara pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pertahanan. Acara Ramah Mesra yang merupakan salah satu acara tahunan Kementerian Pertahanan telah memberi peluang kepada Timbalan Menteri Pertahanan dan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan serta seluruh warga Kementerian Pertahanan baik tentera mahupun awam untuk bersalaman dan beramah mesra antara satu sama lain dan seterusnya menikmati juadah Hari Raya.


Majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan tayangan video Ucapan Hari Raya daripada setiap jabatan-jabatan di Kementerian Pertahanan.