BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 26 July 2016 – The Deputy Minister of Defence, Yang Mulia First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, received a farewell call today by Captain (N) Yves Postec, the outgoing French Defence Attaché in Singapore accredited to Brunei Darussalam. Also attending the call was Her Excellency Loan Forgeron, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of France.
During the call, the Deputy Minister of Defence expressed pleasure that Brunei Darussalam and the French Republic share cordial and active defence relationship with one another. Both sides have actively participated in defence exhibitions, exchange of visits, as well as conducting the biennial bilateral Joint Defence Working Committee. The Deputy Minister of Defence also thanked the Defence Attaché for his work in enhancing bilateral defence relations during his tenure.
Captain (N) Philippe Bauzon replaces Captain (N) Postec, effective March 2016.

TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN MENERIMA KUNJUNGAN ATASE PERTAHANAN PERANCIS YANG AKAN MENAMATKAN PERKHIDMATAN
BOLKIAH GARISON, Selasa, 26 Julai 2016 – Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, hari ini menerima kunjungan perpisahan dari Kepten (L) Yves Postec, Atase Pertahanan Perancis di Singapura yang ditauliahkan ke Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan. Turut hadir ialah Puan Yang Terutama Loan Forgeron, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis.
Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan kegembiraan di atas hubungan pertahanan yang mesra dan aktif di antara Brunei Darussalam dan Republik Perancis. Penglibatan aktif kedua-dua pihak adalah termasuk kegiatan-kegiatan di dalam pameran pertahanan, pertukaran lawatan, serta pengendalian mesyuarat dua hala Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama secara dwitahunan. Timbalan Menteri Pertahanan juga mengucapkan terima kasih kepada Atase Pertahanan Perancis di atas sumbangan beliau dalam meningkatkan hubungan pertahanan dua hala di sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Kepten (L) Philippe Bauzon menggantikan Kepten (L) Postec, berkuat kuasa Mac 2016.