BRIDEX, JERUDONG, Monday 4 July 2016 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to bestow Long Service Medal or Pingat Kerja Lama (PKL) honorary awards to 158 civilian Officers and Staffs of the Ministry of Defence in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam 68th and 69th birthday for the year 2014 and 2015 respectively.
The P.K.L awardees for 2014 consist of 105 recipients, whilst 53 recipients for 2015.
The presentation ceremony of P.K.L. awards was officiated by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit today at the BRIDEX Conference Hall, Jerudong.
The conferment of the medals is in recognition of the contributions, work performances and services rendered by every civil service officers and staffs in the Government of His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam demonstrating impeccable and tireless commitments.




158 PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN TERIMA PENGURNIAAN PINGAT KERJA LAMA (PKL)
BRIDEX, JERUDONG, Isnin 4 July 2016 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Pingat Kerja Lama (P.K.L) kepada 158 orang Pegawai dan Kakitangan awam Kementerian Pertahanan sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68 bagi Tahun 2014 dan Ke-69 bagi Tahun 2015.
Penerima-penerima pengurniaan P.K.L bagi Tahun 2014 ialah seramai 105 orang, sementara bagi Tahun 2015 ialah seramai 53 orang.
Majlis penyampaian pingat P.K.L ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit pada hari ini bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.
Pengurniaan pingat tersebut merupakan satu pengiktirafan atas segala sumbangan prestasi kerja dan curahan jasa bakti setiap pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam di Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan menampilkan komitmen yang jitu tanpa mengerti erti penat lelah.