BERAKAS GARRISON, Friday 1 July 2016 – Ramadhan is not just about abstaining from food and water to fulfil fasting obligation but also to take the opportunity to reinvigorate family ties and get closer to the community. It is the month to increase our devotion to Allah SWT and to help to the less fortunate as a way of gaining Allah’s blessings and favour. Among the best acts of devotion in Ramadhan is giving alms to the poor, orphans and other needy people. In this spirit, the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) continues to join the act of benevolence by reaching to orphans of the deceased RBAF personnel.
A total of 138 orphans from 64 families of former members of RBAF received donations this morning in a ceremony dubbed ’Sentuhan KasihRamadan’ at the Berakas Garison Surau.
The donations were presented by the Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Meanwhile the donations from the RBAF Wives Welfare (BAKTI) were presented by the wife of the Royal Brunei Land Force (RBLF) Commander, Datin HjH Rashidah binti Hj Brahim, President of the RBAF Wives Welfare (BAKTI).
The ceremony began with the mass recital of Surah Yaa sin, Tahlil and prayer followed by the reading of the doa led by Assistant Head of RBAF Religious Department (JAMA’AT), Major Ariffin bin Hamid @ Amit.
Every year in the month of Ramadan, the RBAF organises welfare activities such as Sentuhan Kasih Ramadhan Ceremony in remembrance of those who have departed. The annual event also aimed to ease the financial burdens faced by orphans in preparing for the upcoming Hari Raya Aidil Fitri festivities. This reflects how the caring attitude and charitable culture should be continually raised for orphans. Such social and welfare events also aimed to improve the social responsibility among the RBAF community.
The donation came from proceeds that were raised from the RBAF Welfare Fund, RBAF personnel, the RBAF Wives Welfare (Bakti), RBAF Cooperative Limited (KOWIRA) and individual donors.
Present at the ceremony were Services Commanders, Commandants, Directors, RBAF Officers, senior non-commissioned officers (JNCO) and junior NCO as well as families of orphans.





ABDB HULUR DERMA KEPADA 138 ANAK YATIM
BERAKAS GARISON, Jumaat 1 Julai 2016 – Ramadhan bukan hanya menahan diri dari makan dan minum untuk memenuhi kewajipan ibadah berpuasa tetapi juga untuk mengambil peluang membangunkan kembali hubungan keluarga dan mencetus hubungan dengan masyarakat. Ianya adalah bulan untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik bagi meraih rahmat dan nikmat Allah. Antara amalan yang terbaik dilakukan pada bulan Ramadhan ialah memberi sedekah kepada orang miskin, anak yatim dan kepada siapa saja yang memerlukan. Dalam semangat ini, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terus sama-sama mengerjakan kebajikan dengan membantu anak yatim daripada anggota ABDB yang sudah meninggal.
Seramai 138 anak yatim daripada 64 keluarga terdiri daripada bekas anggota-anggota ABDB telah menerima sumbangan derma tadi pagi dalam Majlis Sentuhan Kasih Ramadan ABDB yang diadakan di Surau Berakas Garison.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Manakala sumbangan daripada Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI) telah disampaikan oleh isteri Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Datin Hjh Rashidah binti Hj Brahim, Yang Dipertua Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI).
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa sin dan bacaan Tahlil beramai-ramai serta diikuti dengan bacaan Doa Arwah yang diketuai oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), Mejar Ariffin bin Amit @ Hamid.
Setiap tahun di bulan Ramadan, ABDB mengungkayahkan acara berkebajikan seperti Majlis Sentuhan Kasih Ramadan bertujuan untuk mengenang jasa bakti warga ABDB yang telah kembali ke rahmatullah. Acara tahunan itu juga bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh anak-anak yatim bagi persiapan mereka dalam menyambut kedatangan sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Ini mencerminkan bagaimana sikap penyayang dan budaya beramal harus ditingkatkan terhadap golongan anak-anak yatim. Aktiviti sosial dan kebajikan seperti ini juga bertujuan untuk meningkatkan tanggungjawab sosial di kalangan anggota ABDB.
Sumbangan derma adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, anggota-anggota ABDB, Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB (BAKTI), Korperasi ABDB (KOWIRA) dan penderma-penderma perseorangan.
Hadir di majlis ini ialah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan-komandan, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai ABDB, Pegawai Tidak Bertauliah- Pegawai Tidak Bertauliah Kanan dan PTB-PTB Rendah serta keluarga anak-anak yatim.