BERAKAS, Wednesday 29 June 2016 – A group of 28 participants which comprised of officers and personnel of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) successfully completed an Internal Audit Course today that was held at Bahirah Multipurpose Hall, Department of Audit, Prime Minister’s Office.

The course was organized by the Department of Audit, Prime Minister’s Office from 21st of June till 29th June 2016.

Throughout the course, the participants were given a spectrum of understanding and knowledge in the preparation and execution of an effective and systematic internal audit assessment. The course also taught participants in the Ministry of Defence (MinDef) and RBAF in facilitating audit assessments or operations conducted by the Auditor General’s Office which will help establish close rapport between the two government organization.

Certificates of participation to all candidates were presented by the Deputy Auditor General, Department of Audit, Prime Minister’s Office, Pg Siti Norbaya binti Pg Shahminan during the official closing event and presentation of certificates at the end of the course.

 





PESERTA KURSUS ABDB TAMATKAN KURSUS AUDIT DALAMAN


BERAKAS, Rabu 29 Jun 2016 – Sekumpulan 28 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan kursus Audit Dalaman hari ini  yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bahirah, Jabatan Audit, Jabatan Perdana Menteri.

Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Audit, Jabatan Perdana Menteri ini bermula pada 21 hingga 29 Jun 2016.

Sepanjang kursus ini, para peserta telah diberikan pendedahan mengenai kefahaman dan pengetahuan yang meluas dalam penyediaan dan pelaksanaan penilaian audit dalaman yang berkesan dan sistematik. Selain itu kursus ini  juga melatih para peserta Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ABDB dalam memudahkan penilaian audit atau operasi yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara yangmana akan membantu mewujudkan hubungan rapat antara kedua-dua agensi kerajaan.

Sijil-sijil penghargaan kepada para peserta berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Juruaudit Agung, Jabatan Audit, Jabatan Perdana Menteri, Pg Siti Norbaya binti Pg Shahminan di majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil di penghujung kursus latihan tersebut.