BOLKIAH GARRISON, Monday, June 27 2016 – The Ministry of Defence held a special religious talk in conjunction with Nuzul Al-Quran at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison.

The event was part of the ministry’s annual activity in enlivening the blessed month of Ramadhan.

The topic of the special talk was ‘Al-Quran as Spiritual and Physical Healer’ and it was delivered by an invited speaker Ustaz Awg Abd Rahman bin Haji Ajak. He shared and reminded the eventual history of Islam during the revelation of the Al-Quran while at the same time instilled understanding and love for Al Quran especially during the month of Ramadan.

The ceremony began with the mass Zohor prayer.

The ceremony concluded with the presentation of souvenirs to the guest speaker by the guest of honor, Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Bin Haji Mohd Tamit.

Also present were the Commander of Royal Brunei Armed Forces, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Members of the Defence Executive Committee, Military and Civilian Directors, Senior Officers, Officers, Senior Non-Commissioned Officers, and civilian staffs of the Ministry of Defence.

The special talk was also held simultaneously at all surau camps and RBAF Garrisons and Ministry of Defence.

 

CERAMAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN
PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Isnin, 27 Jun 2016M – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Ceramah Khas Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Surau Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison hari ini. Acara ini merupakan aktiviti tahunan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan.

Ceramah Khas ini bertajuk ‘Al-Quran Penawar dan Ubat Bagi Rohani dan Jasmani’ dan  disampaikan oleh penceramah undangan Ustaz Awg Abd Rahman bin Haji Ajak. Beliau telah mengkongsikan dan memperingati peristiwa sejarah Islam dimana turunnya mukjizat yang paling agung iaitu Al-Quran disamping menerapkan kefahaman serta kecintaan umat Islam terhadap Al-Quran lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah dan seterusnya mendengarkan ceramah khas.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Penceramah undangan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Ahli-Ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, Pengarah-Pengarah Tentera dan Awam, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan Rendah serta Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan.

Ceramah Khas ini juga turut diadakan serentak di semua Surau-Surau Perkhemahan dan Garison Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.