BERAKAS GARISSON, Friday 17 Jun 2016 – A total of 10 Qaris of the Royal Brunei Armed Forces personnel participated in the final competition of the Musabaqah Tilawah Al-Quran this morning. The event which was held in conjunction with the RBAF’s 55th anniversary was held at the Pahlawan Hall, Berakas Garrison.   

The Qari champion of the final competition of the Musabaqah Tilawah Al-Quran this year was hailed by LCpl (U) Musa bin Hj Sahat from the Royal Brunei Air Force; while the runner-up prize went to Cpl Nazirul Bin Haji Asmat from the Ministry of Defence and  third place to Cpl Pg Haji Kamarul Sarip Bin Pg Hj Serpuddin also from the Ministry of Defence.

For Qariah, Cpl Hjh Rubiah Bte Hj Dagang of the Royal Brunei Land Force was named the Champion;  second place was won by Lt Auni Afifah @ Yumni Bte Hj Ali Hassan of Defence Academy RBAF and third place went to Lt (U) Nur Hasinah binti Hj Rosli of Royal Brunei Air Force.

The event concluded with prizes presented by the guest of honour, Yang Mulia Brigadier General Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Acting Commander of RBAF to the respective contestants as well as Juries.

This year’s RBAF Musabaqah Tilawah Al-Quran competition was participated by 23 personnel which comprised of 12 Qari and 11 Qariah. This year’s annual event was organized by the Royal Brunei Air Force.


  

MAJLIS PERTANDINGAN AKHIR MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN BAGI PERINGKAT ABDB

BERAKAS GARISON, Jumaat 17 Jun 2016 – Seramai 10 orang Qari dan Qariah dari anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)  telah ikut serta dalam Majlis Pertandingan Akhir Musabaqah Tilawah
Al-Quran peringkat ABDB pagi tadi. Acara yang diadakan bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke 55 ini berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.  

Johan Qari menjuarai Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Qur’an Peringkat Akhir ABDB pada tahun ini jatuh kepada peserta dari Tentera Udara Diraja Brunei, LKpl (U) Musa bin Hj Sahat. Naib johan disandang oleh Kpl Nazirul bin Haji Asmat dari Kementerian Pertahanan dan tempat ketiga adalah Kpl Pg Haji Kamarul Sarip bin Pg Hj Serpuddin juga dari Kementerian Pertahanan.

Manakala, johan bagi Qariah ialah Kpl Hjh Rubiah Bte Hj Dagang dari Tentera Darat Diraja Brunei, naib johan dimiliki oleh Lt Auni Afifah @ Yumni Binti Hj Al Hassan dari Akademi Pertahanan dan tempat ketiga diraih oleh Lt (U) Nur Hasinah binti Hj Rosli dari Tentera Udara Diraja Brunei.

Majlis  diakhiri dengan Penyampaian cenderahati dan hadiah oleh Tetamu Kehormat Majlis iaitu Yang Mulia Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemangku Pemerintah ABDB kepada peserta pertandingan dan juga para jemaah hakim.

Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat ABDB pada tahun ini telah disertai oleh 23 anggota yang terdiri daripada 12 Qari dan seramai 11 Qariah. Acara tahunan kali ini telah diungkayahkan oleh Tentera Udara Diraja Brunei.