BOLKIAH GARRISON, Friday 17 June 2016 – Sixty-eight orphans or children who lost a parent received Raya donations from the Ministry of Defence.

Split among 38 boys and 30 girls under the age of 18 years old from families of officers and staffs of the ministry, the donation came in the form of cash and food essentials which were sourced by collections from civilian officers and staff of the Ministry. The donation ceremony was held at the Ministry of Defence Surau at Bolkiah Garrison this morning.

Present to handover the donations was the guest of honour, Permanent Secretary of Ministry of Defence, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. This was followed by the presentation of food essentials by the Deputy Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Awang Abu Sufian bin Haji Ali.

The ceremony also saw a mass Tahlil and Doa Selamat recitation led by Ustaz Haji Ariffin bin Tuah, Assistant Religious Officer at Religious Section, Directorate of Administration and Manpower, Ministry of Defence to pay respects to those who have passed. The annual event is held during Ramadhan to help the orphans prepare for Hari Raya.

The ceremony was also attended by Civilian Directors, Senior Officers and Officers and staffs of the Ministry of Defence as well as families of the celebrated orphans.


KEMENTERIAN PERTAHANAN HULUR DERMA KEPADA 68 ORANG ANAK YATIM


BOLKIAH GARISON, Jumaat 17 Jun 2016 – Seramai enam puluh lapan orang anak yatim atau kanak-kanak yang kehilangan ibu/bapa telah menerima sumbangan derma daripada Kementerian Pertahanan.

Dikongsikan sesama 38 orang lelaki dan 30 orang perempuan berumur  dibawah 18 tahun dari keluarga para pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan, derma yang dihulurkan adalah berupa wang ringgit dan bungkusan hadiah berisi makanan yang disumbangkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan. Majlis telah diadakan pagi ini di Surau Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison.

Hadir untuk menyampaikan derma-derma tersebut ialah tetamu kehormat majlis iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. Ini diikuti dengan penyampaian bungkusan hadiah berupa makanan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan), Awang Abu Sufian bin Haji Ali.

Majlis tersebut juga sertai dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Haji Ariffin bin Tuah, Penolong Pegawai Ugama di Bahagian Ugama, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia, Kementerian Pertahanan untuk memberi penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Acara tahunan itu diadakan pada bulan Ramadhan bagi membantu anak-anak yatim membuat persediaan Hari Raya.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Awam, Pegawai-Pegawai Kanan dan Pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan serta keluarga anak-anak yatim yang diraikan.