BANGKOK, THAILAND, Rabu, 1 Jun 2016 – Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigedier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Datin telah mengadakan kunjungan pengenalan kepada Tentera Darat Diraja Thai (Royal Thai Army) bermula pada 1 Jun hingga 3 Jun 2016.
Menyambut ketibaan Pemerintah TDDB di Lapangan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, LTG Pisit Kateburome, Director General, Directorate of Intelligence, Royal Thai Army dan isteri, Lt Kol (U) Norudin bin Salleh, Atase Pertahanan Brunei di Thailand.
Semasa Kunjungan Pengenalan ini, Pemerintah TDDB berkesempatan membuat Kunjungan Pengenalan ke atas Commander In Chief, Royal Thai Army, Jeneral Teerachai Nakwanich.
Pemerintah TDDB telah dianugerahkan Sayap Penerjunan Kehormat oleh Royal Thai Army. Penganugerahan disempurnakan oleh Jeneral Teerachai Nakwanich Penganugerahan tersebut disaksikan oleh Pegawai-pegawai Kanan, Royal Thai Army dan juga berkesempatan diberikan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab Royal Thai Army; perbincangan diantara kedua belah pihak berhubung kait dengan isu semasa yang melibatkan kepentingan pertahanan dan juga peluang untuk beriadah diantara kedua-dua pemimpin.
Kunjungan seperti ini adalah perlu bagi mengekalkan perhubungan yang rapat diantara kedua negara.


