
BERAKAS GARRISON, Friday 3 June 2016 – One hundred and two students whom are children of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel were celebrated in a ceremony held in conjunction with the RBAF 55th Anniversary at Pahlawan Hall, Berakas Garrison this morning.
Present as the guest of honor and presenting the awards to the students was the Commander of RBAF Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah.
Also present were parents of the students, senior officers, staffs and invited guests.
From the total number of students celebrated, two students received awards for GCE ‘A’ Levels Examination, eight students awarded for GCE ‘O’ Levels Examination, while 28 received awards for Primary School Assessment (PSR) Exam. Then one student received an award for Brunei Higher Religious Studies Certificate (STPUB), three were awarded for Brunei Religious Studies Certificate while 59 others received awards for Primary 6 Religious School Examinations.
This year, one student, Muhd Hafiy Rusyduddin bin Haji Abd Hadi, who obtained a High Distinction in Diploma at the NUS High School in Singapore was selected as recipient of the excellence award.
In addition to gifts presented by the RBAF, the students also received gift incentives contributed by DST Sendirian Berhad and Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).
The ceremony is one of the annual activities that are infused in community activities held each year in conjunction with the RBAF anniversary. It is also a recognition given to the children of RBAF personnel who have obtained outstanding achievements in public examinations for the year 2015.
The award also aims to further encourage the recipients to take pride in excelling at school and maintain as high achievers, as one of the preparatory step into their future career. At the same time to motivate and encourage other children of RBAF personnel to continue to strive in achieving better results in the future.

102 ANAK-ANAK CEMERLANG ANGGOTA ABDB TERIMA PENGHARGAAN
BERAKAS GARISON, Jumaat 3 Jun 2016 – Seramai 102 pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), telah diraikan pada majlis yang diadakan bersempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-55 tahun, di Dewan Pahlawan, Berakas Garison hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar cemerlang berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd Tawih bin Abdullah.
Turut hadir ialah para ibu bapa pelajar yang diraikan, pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan para jemputan.
Daripada jumlah pelajar yang diraikan, dua penerima anugerah bagi Peperiksaan GCE Peringkat ‘A’, lapan orang bagi Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’, sementara 28 orang penerima bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR). Seterusnya seorang pelajar telah menerima anugerah bagi Sijil Tinggi Peperiksaan Ugama Brunei, 3 orang bagi Sijil Peperiksaan Ugama Brunei dan 59 orang penerima bagi Peperiksaan Sekolah Rendah Ugama Darjah Enam.
Pada tahun ini, seorang pelajar iaitu Muhd Hafiy Rusyduddin bin Haji Abd Hadi yang memperolehi High Distinction dalam Diploma di NUS High School di Singapura telah terpilih sebagai penerima anugerah cemerlang.
Selain hadiah sumbangan daripada ABDB, para pelajar juga menerima hadiah sumbangan daripada DST Sendirian Berhad dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).
Majlis ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diselitkan di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan pada setiap tahun sempena Hari Ulang Tahun ABDB. Ia juga sebagai satu penghargaan yang diberikan kepada anak-anak anggota ABDB yang telah memperolehi pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan awam bagi tahun 2015.
Anugerah ini juga bertujuan untuk menggalakkan lagi penerima untuk merasa bangga dengan kejayaan cemerlang yang diraih di sekolah dan mengekalkan pencapaian yang tinggi, sebagai salah satu langkah persediaan mereka kearah kerjaya masa depan. Pada masa yang sama juga untuk mendorong dan menggalakkan kanak-kanak lain daripada anggota ABDB agar terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.