BOLKIAH GARRISON, Monday 30 May 2016 – Royal Brunei Armed Forces will be celebrating its 55th anniversary this year with a grand ceremony to be held at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces in Tanah Jambu tomorrow.
To bless and grace this year’s celebration, all surau in the Royal Brunei Armed Forces camps and bases held a Maghrib and Isyak prayers Thanksgiving Ceremony along with the recital of Surah Yaa Siin.
Present to the join members of the Royal Brunei Armed Forces at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison was His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the Royal Brunei Armed Forces.
The arrival of His Royal Highness was welcomed by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit and Commander of Royal Brunei Armed Forces, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah
The ceremony began with the reading of Al-Quran followed by the mass Magrib prayer led by the Assistant Head of Religious Department RBAF (JA’MAAT), Mejar Ariffin bin Amit, and then the recital of ‘wirid’ and ‘doa’.
The reading of Surah Yassin and Tahlil was then led by the Senior Religious Officer at the Ministry of Defence, Ustaz Ruslan bin Haji Sulaiman, who later read the Doa Kesyukuran.
The ceremony proceeded with the mass Isyak prayer which was once again led by Major Ariffin bin Amit, Assistant Head of Religious Department RBAF (JA’MAAT).
His Royal Highness later proceeded to the Officers’ Mess for an evening Banquet or ‘Majlis Santap Malam’. His Royal Highness also consented to watch a photo clip presentation, took a group photo and signed the Royal Parchment prior leaving the Officers’ Mess.
Present were members of Defence Executive Committee, Services Commanders and Commandants, Directors, Senior Officers of Ministry of Defence and RBAF. Also present were former Deputy Ministers of Defence and Commanders of RBAF.





DPMM BERANGKAT KE MAJLIS DOA KESYUKURAN HUT ABDB KE-55
BOLKIAH GARISON, Isnin 30 Mei 2016 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan menyambut Hari Ulang Tahunnya yang ke-55 pada tahun ini dengan upacara kemuncak yang akan didakan di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Tanah Jambu.
Bagi memberkati dan menyemarakkan sambutannya kali ini, seluruh surau di perkhemahan dan pangkalan ABDB Brunei telah mengadakan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah serta membaca Surah Yaa Siin.
Berangkat menyertai segenap anggota ABDB di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
Majlis bermula dengan bacaan ayat suci Al-Quran diikuti dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah diimamkan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, JA’MAAT, Mejar Ariffin bin Amit, seterusnya disusuli dengan bacaan wirid dan doa.
Bacaan Surah Yassin dan tahlil pula dipimpin oleh Pegawai Ugama Kanan Kementerian Pertahanan, Ustaz Ruslan bin Haji Sulaiman disusuli dengan membaca Doa Kesyukuran.
Majlis diteruskan dengan Sembahyang Fardu Isyak diimamkan oleh Mejar Ariffin bin Amit, Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT).
Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya dijunjung ke Mes Pegawai Bokiah Garison bagi Majlis Santap Malam. Semasa Majlis Santap Malam, Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan menyaksikan tayangan klip foto, bergambar ramai dan juga menandatangani Lembaran Keberangkatan sebelum berangkat meninggalkan Mes Pegawai.
Antara yang hadir ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Komandan-komandan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Juga hadir ialah mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan Pemerintah ABDB.