BOLKIAH GARRISON, Friday 13 May 2016 – A ceremony for the distribution of ‘Kurma Kurnia Peribadi’ or personal gift of dates from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam  in conjunction with the month of Ramadhan 1437 Hijrah / 2016 for military officers and personnel under the Ministry of Defence and Bolkiah Garrison was held this afternoon at the Ministry of Defence Surau in Bolkiah Garrison.

The dates were presented by Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The ceremony began with a mass Asar prayer and followed by a recital of Al-Quran verse. The RBAF Commander then presented the ‘Kurma Kurnia Peribadi’ to the Joint Force Commander, RBAF, Military Directors, Heads of Departments, officers and representatives of Directorates and departments under the administration of the Ministry of Defence.

154 metric tonnes of ‘Safawi’ dates, approximately 513,333 small boxes of dates were distributed to all Muslims nationwide for the upcoming holy month of Ramadhan this year.






ANGGOTA ABDB TERIMA AGIHAN BUAH KURMA KURNIA PERIBADI


BOLKIAH GARRISON, Jumaat 13 Mei 2016 – Majlis Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1437 Hijrah / 2016 Masihi  kepada pegawai-pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di peringkat Kementerian Pertahanan dan Bolkiah Garison telah diadakan petang ini di Surau Kementerian Pertahanan di Bolkiah Garison.

Pengagihan buah kurma telah disempurnakan oleh Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Asar berjemaah, seterusnya mendengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Pemerintah ABDB kemudiannya menyerahkan ‘Kurma Kurnia Peribadi’ kepada Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera, Ketua-Ketua, pegawai-pegawai serta wakil setiap jabatanarah dan unit di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan.

Sejumlah 154 tan metrik buah kurma jenis ‘Safawi’ iaitu 513,333 kotak kecil diagih-agihkan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beragama Islam di negara ini sempena menjelangnya bulan Ramadan pada tahun ini.