BERAKAS GARRISON, Wednesday 20 April 2016 – The Ministry of Defence today hosted its inaugural Media Day attended by the local and private media in Brunei Darussalam at the Officers’ Mess, Berakas Garrison.
Present as the guest of honour was Awang Abu Sufian bin Haji Ali, Deputy Permanent Secretary (Defence Policy and Development), Ministry of Defence.
The program of the day commenced with a welcoming remarks by the Ministry of Defence Spokesperson, Lieutenant Colonel (U) Hajah Suriani binti Haji Junaidi which later followed by a dialogue session presided by the Guest of Honour that aims to encourage constructive exchange of views and ideas to strengthen relations between Ministry of Defence and the media as well as to explore other potential areas of cooperation or partnership. A friendly shooting match and luncheon marked the end of the day’s program.
Among those media representatives present at the event were Radio Television Brunei, Information Department, Balai Kenangan Istana Nurul Iman, Borneo Bulletin, Media Permata, The Brunei Times, Sin Chiew News and United Daily.







KEMENTERIAN PERTAHANAN RAI HARI RAMAH MESRA BERSAMA MEDIA
BERAKAS GARISON, Rabu 20 April 2016 – Kementerian Pertahanan hari ini menganjurkan Hari Media buat pertama kali yang dihadiri oleh media tempatan dan swasta di Brunei Darussalam bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Awang Abu Sufian bin Haji Ali, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pembangunan Pertahanan), Kementerian Pertahanan.
Atucara dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Jurucakap Kementerian Pertahanan, Leftenan Kolonel (U) Hajah Suriani binti Haji Junaidi diikuti dengan sesi dialog yang dipengerusikan oleh Tetamu Kehormat yang bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pandangan dan idea yang membina bagi mengukuhkan hubungan antara Kementerian Pertahanan dan media sambil meneroka bidang-bidang lain yang mempunyai potensi kerjasama atau perkongsian. Satu acara perlawanan menembak dan majlis makan tengah hari telah mengakhiri atucara pada hari ini.
Antara wakil media hadir pada majlis itu ialah Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Balai Kenangan Istana Nurul Iman, Borneo Bulletin, Media Permata, The Brunei Times, Sin Chiew News dan United Daily.