BOLKIAH GARISON, Isnin 18 April 2016 – Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-10 telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Laksamana Pertama Pg Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pg Haji Muhammad, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Turut hadir ialah Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, Pengarah-pengarah, pegawai-pegawai ABDB, saudara-saudara baru anggota ABDB dan kakitangan Jabatan Agama ABDB.
Majlis dimulakan dengan menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah dan bacaan Khatam Al-Quran, takhtim serta zikir marhaban. Majlis diteruskan dengan penyampaian buku Fatwa Mufti Kerajaan yang berdasarkan ketenteraan juga turut disampaikan kepada setiap wakil unit-unit tentera.


