BOLKIAH GARRISON, Tuesday 22nd February 2016 – The Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today held thanksgiving mass prayers to mark Brunei Darussalam’s 32nd National Day.

The ceremony was held at the Ministry of Defence Surau, Bolkiah Garrison and was attended by Captain Haji Yusuf bin Masron, RBN, Chief Of Staff of the RBAF Joint Forces as the guest of honour.

The ceremony began with the recital of Quranic verses followed by mass Maghrib prayer. The Sunnat Hajat prayer was later performed and continued with the recital of Surah Yaasin. This was then followed by Special Doa led by Awang Shuib bin Abdullah, Imam of Ministry of Defence Surau, Bolkiah Garrison. To conclude the ceremony, the congregation later performed the mass Isyak prayer.


Suraus in all the RBAF garrisons and camps also followed suit and held similar ceremonies today.

Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison



Surau Berakas Garison


Surau Perkhemahan Muara


Surau Perkhemahan Tutong




DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN

KE 32 TAHUN

BOLKIAH GARISON, Selasa 22 Februari 2016 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 32 tahun.

Majlis telah diadakan di Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison dan dihadiri oleh Kepten Haji Yusuf bin Masron, TLDB, Ketua Staf Angkatan Bersama ABDB selaku tetamu kehormat.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran diikuti dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Selepas itu disusuli dengan sembahyang Sunat Hajat dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin. Ini diikuti pula dengan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh oleh Awang Shuib bin Abdullah, Imam Surau Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. Bagi mengakhiri Majlis, para Jemaah seterusnya menunaikan sembahyang fardhu isyak.

Surau-surau di seluruh Garison dan Perkhemahan ABDB juga telah turut serta dan mengendalikan majlis seumpamanya hari ini.