BOLKIAH GARRISON, Thursday 18 February 2016 – His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman consented to attend a High-Tea reception this afternoon to commemorate His Royal Highness’ 42nd Birthday hosted by RBAF.
The ceremony took place at the Bolkiah Garrison Officers’ Mess.
Accompanying Their Royal Highnesses were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah and Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.
The arrival of His Royal Highness and Her Royal Highness were welcomed by the Deputy Minister of Defence, First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit and wife, Commander of RBAF, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and Permanent Secretary at the Ministry of Defence, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. Their Royal Highnesses also consented for a group photo session with senior officers of the Ministry of Defence and RBAF.
His Royal Highness was later introduced to RBAF senior officers who had returned home after attending course oversea and two RBAF personnel who have won gold medals at the shooting tournament abroad.
His Royal Highness and Her Royal Highness consented to watch a video clip presentation and receive a photo book album entitled ‘Sejambak Ristaan IX’ that featured a collection of photographs of His Royal Highness’ visits to the Ministry of Defence and RBAF. His Royal Highness then consented to sign the Royal Parchment.
As the highlight of the event, His Royal Highness the Crown Prince consented to cut the birthday cake and was later presented with Pesambah.
To bless the ceremony, a doa kesyukuran was recited by the Assistant Head of RBAF Religious Department (JA’MAAT), Captain Ariffin bin Amit.
At the end of the ceremony, His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah and Her Royal Highness Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah consented to receive ‘Junjung Ziarah’ from Defence Executive Committee members, Service Commanders, Commandants, Directors of the Ministry of Defence, senior officers, officers, non-commissioned officers of the RBAF as well as their spouses.






ABDB RAIKAN HARI PUJA USIA DPMM YANG KE-42
DI MAJLIS SANTAP PETANG
BOLKIAH GARISON, Khamis 18 Februari 2016 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-42 Tahun yang disembahkan oleh ABDB.
Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Mes Pegawai Bolkiah Garison, dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Laksmana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan Isteri, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar. DYTM dan YTM juga berkenan untuk bergambar ramai bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
DYTM kemudian disembah kenalkan kepada Pegawai-pegawai Kanan ABDB yang telah kembali ke tanah air setelah menghadiri kursus di luar negeri dan dua anggota ABDB yang telah memenangi pingat emas dalam kejohanan menembak di luar negara.
DYTM dan YTM seterusnya berkenan menyaksikan tayangan klip video siri keberangkatan DYTM ke Kementerian Pertahanan dan ABDB dan menerima senaskah buku album gambar bertajuk ‘Sejambak Ristaan IX’ yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan keberangkatan lawatan DYTM. DYTM kemudian berkenan menandatangani lembaran keberangkatan .
Sebagai acara kemuncak, DYTM berkenan memotong kek puja usia dan menerima Pesambah.
Bagi memberkati majlis, doa kesyukuran dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT), Kapten Ariffin bin Amit.
Di penghujung majlis, DYTM dan YTM kemudian berkenan menerima junjung ziarah dari ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Unit Tentera, Komandan-Komandan, Pengarah-Pengarah Kementerian Pertahanan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan pegawai-pegawai tidak bertauliah dari ABDB bersama isteri-isteri.