BOLKIAH GARRISON, Tuesday 16 February 2016 – The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) today held a thanksgiving prayers ceremony in conjunction with His Royal Highness Prince General Haji Al-Muhtadee Billah, the Deputy Sultan and General of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 42nd Birthday.
Present was the Acting Commander of Royal Brunei Armed Force, Brigadier General Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud.
Also present were Acting Permanent Secretary, Awang Abu Sufian bin Haji Ali, Joint Force Commander, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, as well as Directors, senior officers and personnel from the Ministry of Defence and RBAF.
The ceremony which was held at the Ministry of Defence Surau, Bolkiah Garrison began by recital of Quranic verses followed by a mass Maghrib prayer.
The Sunnat Hajat prayer was later performed proceeded with the recital of Surah Yaasin and special Doa by Awang Shuib Bin Abdullah, Imam of Ministry of Defence Surau, Bolkiah Garrison.
The ceremony concluded with the Isya’ prayer. Similar events were held in all Garrison and RBAF Camps.
DOA KESYUKURAN SEMPENA PUJA USIA DPMM
BOLKIAH GARISON, Selasa 16 Februari 2016 – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Jeneral ABDB Ke-42 Tahun.
Majlis dihadiri oleh Pemangku Pemerintah ABDB, Brigadier Jeneral Pg Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pg Haji Mahmud.
Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap, Awang Abu Sufian bin Haji Ali, Pemerintah Angkatan Bersama,
Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji
Hamzah bin Haji Sahat, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan ABDB, Pegawai-Pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan bacaan Surah Yaasin dipimpin oleh Imam Surau Kementerian Pertahanan, Awang Shuib bin Abdullah.
Majlis juga diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.
Acara seumpamanya turut diadakan di seluruh Perkhemahan dan Garison ABDB.