JERUDONG, Tuesday 2 February 2016 – The Government of His Majesty the Sultan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Republic of India, this afternoon signed a Memorandum of Understanding on Defence Cooperation to enhance defence cooperation between the two countries.

The signing ceremony was held at the Indera Kayangan Ballroom, Empire Hotel and Country Club. Signing on behalf of the Government of His Majesty the Sultan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was Datin Paduka Hajah Suriyah Binti Haji Umar, Permanent Secretary of Ministry of Defence, while the Government of the Republic of India was represented by His Excellency Mr. Anil Wadhwa, Secretary (East) in the Ministry of External Affairs.

The signing ceremony was witnessed by His Excellency Mr. M. Hamid Ansari, Vice President of the Republic of India and First Admiral (Rtd) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz Hj Mohd Tamit, Deputy Minister of Defence, Brunei Darussalam.

The new Memorandum of Understanding sets forth the framework for bilateral cooperation in defence activities between Brunei Darussalam and the Republic of India. Areas of cooperation covers activities such as exchange of visits at official and working levels, training and the conduct of joint military exercises.

The signing of the Memorandum of Understanding recognized the increasing commitments of Brunei Darussalam and the Republic of India in promoting and fostering defence cooperation.

The signing ceremony was held in conjunction with the official visit of Vice President of the Republic of India, His Excellency Mr. M. Hamid Ansari to Brunei Darussalam from 01 to 03 February 2016. The Republic of India also signed MOUs on Cooperation in Youth and Sports Affairs and on Health Cooperation during the ceremony.

 


BRUNEI DAN INDIA TANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DALAM KERJASAMA PERTAHANAN

JERUDONG, Selasa 2 Februari 2016 – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik India, petang tadi telah menandatangani Memorandum Persefahaman dalam bidang kerjasama pertahanan.

Majlis penandatanganan telah berlangsung di Dewan Indera Kayangan, Hotel Empire dan Country Club. Menandatangani bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Datin Suriyah binti Haji Umar, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, sementara Kerajaan Republik India diwakili oleh Tuan Yang Terutama Anil Wadhwa, Setiausaha (Timur), Kementerian Hal Ehwal Luar.

Majlis penandatanganan ini disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Mr. M. Hamid Ansari, Naib President Republik India dan Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit, Timbalan Menteri Pertahanan, Brunei Darussalam.

Memorandum Persefahaman ini akan memberikan rangka-kerja bagi kerjasama pertahanan dua-hala di antara Negara Brunei Darussalam dan India, seperti pertukaran lawatan di antara pegawai tentera dan pertahanan, kursus-kursus dan juga latihan ketenteraan dua-hala.

Dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman ini, Negara Brunei Darussalam dan India mengenalpasti kepentingan kerjasama dalam bidang pertahanan dan membuktikan lagi komitmen mereka dalam usaha meningkatkan kerjasama tersebut.

Upacara penandatanganan Memorandum Persefahaman ini berlangsung sempena lawatan rasmi Naib Presiden India, Tuan Yang Terutama Mr M. Hamid Ansari ke Negara Brunei Darussalam pada 1 hingga 3 Februari 2016.

Upacara ini turut menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam bidang hal-ehwal belia dan sukan dan juga Memorandum Persefahaman dalam kerjasama kesihatan.