MUARA, Monday, 21 January 2019 – The Royal Brunei Navy (RBN) welcomed the arrival of HMS ARGYLL, Royal Navy (RN) on 21 January 2019, that is currently visiting Brunei Darussalam until 24 January 2019.
The ship is commanded by Commander Toby Shaughnessy, RN, and carries 205 crew onboard.
During the goodwill visit, Commander Toby Shaughnessy, RN, called on the Deputy Commander of the RBN, Captain Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, RBN. Both sides discussed opportunities for further enhancement of the bilateral relationship between the two navies.
HMS ARGYLL held an onboard reception hosted by His Excellency Richard Lindsay, British High Commissioner to Brunei. Present as the Guest of Honour was First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Commander of RBN. Also present during the reception were senior officers and officers of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces.
While in Brunei Darussalam, HMS ARGYLL participated in various activities including professional exchanges and sport interactions where both naval personnel had opportunities to share experiences and knowledge as well as, to foster friendship and camaraderie. Before docking at the Muara Commercial Wharf, HMS ARGYLL also conducted Passage Exercise with KDB DARULAMAN.
The last visit to Brunei Darussalam by the RN was by HMS ALBION in September 2018.



TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI MENERIMA LAWATAN MUHIBBAH KAPAL TENTERA LAUT DIRAJA BRITISH HMS ARGYLL
MUARA, Isnin, 21 Januari 2019 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menerima kedatangan kapal HMS ARGYLL dari Tentera Laut Diraja British pada 21 Januari 2019, yang sedang membuat lawatan muhibah ke Negara Brunei Darussalam hingga 24 Januari 2019.
Kapal tersebut diketuai oleh Komander Toby Shaughnessy, Tentera Laut Diraja British, dan diikuti oleh seramai 205 orang krew.
Semasa lawatan muhibah tersebut, Komander Toby Shuaghnessy mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Pemerintah TLDB, Kepten Haji Othman bin Haji Suhaili @ Suhaily, TLDB. Kedua-dua pihak telah membincangkan peluang kerjasama untuk memperkukuh hubungan dua hala di antara kedua angkatan laut.
Tentera Laut Diraja British telah mengadakan malam resepsi di kapal HMS ARGYLL yang telah dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Richard Lindsay, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam. Menghadiri sebagai tetamu kehormat ialah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah TLDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Semasa di Negara Brunei Darussalam, krew HMS ARGYLL telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertukaran profesional dan interaksi sukan di mana kedua-dua angkatan laut mempunyai peluang untuk berkongsi pengalaman dan mengeratkan lagi persahabatan diantara kedua Tentera Laut. Sebelum memasuki Pelabuhan Muara, HMS ARGYLL telahpun mengadakan latihan Passage dengan KDB DARULAMAN.
Lawatan Kapal Tentera Laut Diraja British yang terakhir ke Negara Brunei Darussalam adalah oleh HMS ALBION pada September 2018.