BOLKIAH GARRISON, Thursday, 13 December 2018 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence, received a farewell call from Her Excellency Madam Yang Jian, the outgoing Ambassador of the People’s Republic of China to Brunei Darussalam today.

During the farewell call, both sides expressed satisfaction with the warmth and goodwill shared between both countries, particularly within the sphere of defence as characterised by the various high-level visits and exchanges, courses, training, and interactions conducted under the ADMM-Plus framework.

Defence relations between both parties were further consolidated with the signing of the Memorandum of Understanding (MoU) on Strengthening Defence Cooperation on 13 September 2017 during His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s State Visit to People’s Republic of China.

This year also marked a historic occasion for bilateral relations between the two countries when President Xi Jinping paid his first State Visit to Brunei Darussalam from 18-20 November 2018.

Her Excellency presented her Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 26 January 2015.




MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA BESAR REPUBLIK RAKYAT CHINA

BOLKIAH GARISON, Khamis, 13 Disember 2018 –  Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Yang Jian, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam hari ini.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak merakamkan penghargaan di atas hubungan mesra di antara kedua-dua negara khususnya di dalam bidang pertahanan termasuk pelbagai pertukaran dan lawatan pegawai kanan, kursus, latihan serta interaksi di bawah rangka kerja ADMM-Plus.

Hubungan pertahanan di antara kedua-dua angkatan tentera telah diperkukuhkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman Mengenai Memperkukuh Kerjasama Pertahanan pada 13 September 2017 sewaktu lawatan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China.

Tahun ini juga merupakan tahun bersejarah bagi hubungan dua hala di antara Republik Rakyat China dan Negara Brunei Darussalam semasa Presiden Xi Jinping mengadakan Lawatan Negara ke Negara Brunei Darussalam yang pertama dari 18 hingga 20 Disember 2018.

Puan Yang Terutama Yang Jian telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan beliau ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 26 Januari 2015.