TANAH JAMBU CAMP, Thursday, 13 December 2018 – The Ministry of Defence hosted a Media Day attended by the local and private media partners in Brunei Darussalam at the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces in Kampong Tanah Jambu.

Among the media representatives present at the event were Radio Television Brunei, the Information Department, Borneo Bulletin, Media Permata, Sin Chiew News, United Daily, See Hua Daily News, The Scoop, Paragraph and The Bruneian. 

The programme commenced with welcoming remarks made by the Ministry of Defence Spokesperson, Commander Norharirayati binti Yakub, RBN. The Permanent Secretary of the Ministry of Defence Captain (Retired) Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, RBN then presided over a dialogue session. The objectives of the dialogue included encouraging constructive exchanges of views and ideas, strengthening relations between Ministry of Defence and the media, and exploring other potential areas of cooperation and partnership.

The dialogue session was followed by an obstacle course aimed at fostering interactions among participants. The programme concluded with a high tea reception for the guest of honour, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Second Minister of Defence. Also in attendance were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, the Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries, and civilian and military directors.








KEMENTERIAN PERTAHANAN MERAIKAN HARI RAMAH MESRA BERSAMA MEDIA

PERKHEMAHAN TANAH JAMBU, Khamis, 13 Disember 2018 – Kementerian Pertahanan pada hari ini menganjurkan Majlis Ramah Mesra Bersama Media yang dihadiri oleh media tempatan dan swasta di Negara Brunei Darussalam bertempat di Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di Kampong Tanah Jambu. 

Antara wakil-wakil media yang hadir pada majlis tersebut ialah Radio Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan, Borneo Bulletin, Media Permata, Sin Chiew News, United Daily, See Hua Daily News, The Scoop, Paragraph dan The Bruneian.

Atucara didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Jurucakap Kementerian Pertahanan, Komander Norharirayati binti Yakub, TLDB, diikuti dengan sesi dialog yang dipengerusikan oleh
Kepten (Bersara) Dato Paduka Haji Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, TLDB. Dialog ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pandangan dan fikiran yang membina bagi mengukuhkan hubungan antara Kementerian Pertahanan dan media sambil meneroka bidang-bidang lain yang mempunyai potensi kerjasama atau perkongsian. 

Sesi dialog diteruskan dengan Aktiviti Halangan (Obstacle Course) bagi meningkatkan lagi interaksi di antara peserta-peserta Hari Media. Acara berakhir dengan majlis minum petang bagi tetamu kehormat, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Turut hadir juga ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah Awam dan Tentera.