BERAKAS GARRISON, Tuesday, 11 December 2018 – Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) received a courtesy call from Brigadier General Archimedes H Viaje, Dean, Corps of Professors, Armed Forces of the Philippines (AFP) today.
During the call, the RBAF Commander welcomed Brigadier General Archimedes H Viaje to Brunei Darussalam and expressed appreciation for the working visit paid to the RBAF, which aimed to strengthen the academic linkages and explore possible areas of collaboration between the RBAF and AFP.
RBAF Commander also commended the longstanding and excellent military relations between both armed forces and hoped that such cooperation would continue to last and develop well into the future.
PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DEKAN, CORPS OF PROFESSORS, ANGKATAN BERSENJATA REPUBLIK FILIPINA
BERAKAS GARISON, Selasa, 11 Disember 2018 – Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Archimedes H Viaje, Dekan, Corps of Professors, Angkatan Bersenjata Republik Filipina pada hari ini.
Semasa kunjungan hormat, Pemerintah ABDB mengalu-alukan kedatangan Brigedier Jeneral Archimedes H Viaje ke Negara Brunei Darussalam dan merakamkan penghargan di atas lawatan kerja ke ABDB yang mana bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dari segi akademik serta menceburi pelbagai kolaborasi di antara ABDB dan AFP.
Pemerintah ABDB berpuas hati dengan hubungan akrab yang sudah lama terjalin di antara kedua buah angkatan tentera yang sangat baik dan berharap bahawa kerjasama tersebut akan terus dikekalkan dan ditingkatkan pada masa akan datang.