BOLKIAH GARRISON, Thursday, 29 November 2018 – A three-day Occupational Health and Safety Supervisory Course conducted by the Inspectorate Unit and organised by the Directorate of Administration and Manpower (DAM) for officers and staff of the Ministry of Defence concluded today in a ceremony at the Lecture Theatre, Performance Optimisation Centre. A total of 27 officers and staff of the Ministry of Defence, who have been nominated as the Occupational Health and Safety (OHS) Officer and Assistant Officer at their respective units, attended the course from 27 November to 29 November 2018.

Present as the Guest of Honour was Awang Shahminan bin Haji Tengah, Acting Director of the DAM, Ministry of Defence. In his speech, the Acting Director of DAM highlighted the responsibility and trust given to the OHS Officers by respective heads of department in assisting with the prevention and management of workplace risks. Course participants are expected to share the knowledge and skills acquired with officers and staff in their respective units to raise awareness.

The course contributed to capacity building and provided participants with the information and credibility to assist with the management of OHS in the workplace. This promotes a more effective and systematic approach to OHS in the Ministry of Defence, in accordance with legislation under the Brunei Darussalam Occupational Health and Safety Order 2009.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS PENYELIA KESIHATAN DAN KESELAMATAN KERJA BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Khamis, 29 November 2018 – Kursus Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan selama tiga hari yang disampaikan oleh Unit Inspektorat dan dikendalikan oleh Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (JPTM) telah berakhir dengan Majlis Penyampaian Sijil di Dewan Kuliah, Pusat Optima Kecergasan Tentera pada hari ini. Seramai 27 orang pegawai dan kakitangan awam, Kementerian Pertahanan yang dilantik sebagai Pegawai dan Penolong Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Kerja (KKK) di UunitKementerian Pertahanan telah menghadiri Kursus  Penyelia Kesihatan dan Keselamatan Kerja yang telah diadakan mulai 27 November hingga 29 November 2018.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Awang Shahminan bin Haji Tengah, Pemangku Pengarah JPTM, Kementerian Pertahanan. Dalam ucapan alu-aluan Pemangku Pengarah JPTM, beliau  telah menekankan mengenai tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada Pegawai KKK oleh ketua jabatan masing-masing dalam membantu mencegah dan mengawal risiko tempat kerja. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, peserta kursus disarankan untuk mengongsikan bersama pegawai dan kakitangan lain di unit masing-masing demi sama-sama meningkatkan kesedaran.

Kursus yang dihadiri menyumbang kepada peningkatan sumber tenaga manusia terutama dalam kapasiti memberikan pengetahuan dan kelayakan bagi membantu untuk mencapai pengurusan Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja kepada satu tahap peningkatan yang tinggi, berkesan dan lebih bersistematik di Kementerian Pertahanan. Langkah ini adalah sejajar dengan penggubalan Perintah Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja 2009 Negara Brunei Darussalam.