BANDAR SERI BEGAWAN, Sunday, 2 December 2018 – Held on Sundays every week, the Bandarku Ceria programme continues to be well-received and supported by the government sector, non-government organisations and the public. During this week’s Bandarku Ceria programme, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to officiate the Brunei December Festival 2018 at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) in the capital this morning. 

Part of the festival launching included the 11.5km cycling event which His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam participated in. Among the participating officers were personnel from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) including their families, led by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Second Minister of Defence.

Also taking part were Major General Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Commander of the RBAF, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, Service Commanders, Deputy Permanent Secretaries and senior officers and staff from the Ministry of Defence and RBAF.

The Bandarku Ceria programme also showcased a morning ‘Masjidku Makmur’ programme at the Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Mosque with a mass Fajr prayer. A morning ‘Tazkirah’ titled ‘Jalan Raya Mempunyai Seribu Satu Cerita’ was delivered by Ustaz Nazirul Mubin bin Ahad, Assistant Religious Speaker from the Seri Begawan Religious Teachers University College, Ministry of Religious Affairs. 

This year, the month-long festival returns, featuring a diverse line-up of entertaining events in five different categories: Food Festival, Islamic Festival, Culture and Creative Arts, Sports and Adventure, and Recreation and Shopping.

The Brunei December Festival 2018 is one of Brunei Tourism Board’s annual initiatives in promoting Brunei Darussalam as a holiday destination to locals and international visitors. 


KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB SERTAI PELANCARAN BRUNEI DECEMBER FESTIVAL 2018

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 Disember 2018 – Program Bandarku Ceria terus mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama sektor kerajaan, organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGOs) dan orang ramai. Dalam program Bandarku Ceria minggu ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyempurnakan acara pelancaran Brunei December Festival 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dalam ibu negara pada pagi ini. 

Sebahagian daripada majlis pelancaran ini termasuk acara kayuhan basikal sepanjang 11.5km yang disertai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Antara peserta-peserta ialah anggota Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), bersama keluarga, yang diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua.

Juga turut serta ialah Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri  Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah ABDB, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan and ABDB.

Acara ini juga dimulakan dengan Program Masjidku Makmur di Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien dengan solat Fardhu Subuh berjemaah. Satu tazkirah yang bertajuk ‘Jalan Raya Mempunyai Seribu Satu Cerita’ disampaikan oleh
Ustaz Nazirul Mubin bin Ahad, Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Festival tahun ini selama sebulan akan menampilkan pelbagai acara yang menghiburkan dalam lima kategori berbeza: Festival Makanan, Festival Islam, Budaya dan Seni Kreatif, Sukan dan Pengembaraan, dan Rekreasi dan Membeli-belah.

Brunei December Festival 2018 adalah salah satu inisiatif tahunan Lembaga Pelancongan Brunei dalam mempromosikan negara ini sebagai destinasi percutian kepada penduduk tempatan dan pelawat antarabangsa.